Pages

Saturday, September 20, 2014

455. "I like your dolls" - Annabelle



Annabelle (2014)!

Inilah filem horror yang saya tunggu-tunggu untuk tahun ni! Selepas kejayaan besar Filem The Conjuring dan The Insidious, sekarang tibalah giliran Annabelle pulak untuk menghantui hidup korang. 

Siapa Annabella ni? Ni patung yang muncul awal-awal masa Filem The Conjuring tu, ingat tak? Filem ni diterbitkan oleh penerbit hebat, James Wan bersama-sama dengan Peter Safran dan John R. Leonetti.

Hebat tak hebat, korang kenelah tonton dulu filem ni yea (ceh! macamlah saya pon dah tengokkan. Saya pon tengah tunggu filem ni ditayangkan kat pawagam sebenarnya! Btw, Nuffnang ada bagi free passes untuk primiere screening Filem Annabelle ni.

Macam mana nak dapatkan free passes ni dan jadi orang yang terawal untuk menonton? Kalau korang nak, korang klik link #NNPremiereScreening dan ikuti arahan-arahan kat sana.  





Sinopsis (copy paste from Nuffnang blog's)

"She terrified you in “The Conjuring,” but this is where it all began for Annabelle. Capable of unspeakable evil, the actual doll exists locked up in an occult museum in Connecticut—visited only by a priest who blesses her twice a month.
DSC_0499.dng
John Form has found the perfect gift for his expectant wife, Mia—a beautiful, rare vintage doll in a pure white wedding dress.  But Mia’s delight with Annabelle doesn’t last long.
On one horrific night, their home is invaded by members of a satanic cult, who violently attack the couple.  Spilled blood and terror are not all they leave behind.  The cultists have conjured an entity so malevolent that nothing they did will compare to the sinister conduit to the damned that is now…Annabelle."
ANNABELLE


Bagi saya ni filem wajib tonton untuk saya satu family. Dari kecik memang mak ayah selalu ajak tengok filem-filem seram camni. Kalau dulu, ayah saya akan sewa video tape; pastu tonton satu family, malam-malam sambil letak bantal selimut semua depan TV. Dan waktu tu semua akan duduk/baring rapat-rapat sebab lampu ruang tamu akan ditutup. Baru ada feel katanya. Haha.

Harapnya filem ni sama hebatlah dengan filem The Conjuring tu. Btw, saya ni takdelah berani sangat orangnnya, tapi genre horror ni tetap jadi genre favourite saya (always). If cerita tu tak seram, mesti kecewa tahap muncung empat belas hahaha.

Okaylah, malas nak bebel panjang-panjang dah. Kita tunggu dan lihat je yea. 

Adios! :)









11 comments:

Kamsiah yusoff said...

datang dari segmen Saya Sayang Blog Saya..menambah jumlah follower kat sini...salam kenal tuan rumah

Cik bunga mawar said...

hi kak, thank u singgh sini :)

Blog Santai said...

Teringat masa kecil kita suka filem horror.berani lagi tu..tapi bila dah dewasa, jadi penakut pulak..he..he. Nway the conjuring tu mamng best...

Unknown said...

dah tengok conjuring mesti nak kene tgok annabelle..haha

Cik bunga mawar said...

conjuring tu memang bestkan korang...hopefully Annabella ni best cmtu gak :)

sara zuliana said...

tgk doll nie dah cuak... mesti best cita nie

Cik bunga mawar said...

scary kan azraa,hopefully bestla cite ni..

*eh! sukahati jer panggil nama awk azraa kan hehe*

aRz MoHa said...

cerita hantu kalau tengok dekat wayang confirm best. menjerit la kalau terkejut

Ana Jingga said...

rupa patung tu macam chucky je, seram ni, kak ana tak berani tgk cite seram2 ni..penakut..singgah ptg khamis ke sini dear..:)

Cik bunga mawar said...

arz moha: kalau tengok kat wayang, benda terkejut sikit pon dah boleh buat kita menjerit kan :)

anajingga: saya xsuka cite chucky tu kak ana, sbb dia ada aksi2 pembunuhan kejam...cite banyak2 darah ni xleh nak tengok sangat hehe

Cik bunga mawar said...

sophia Hany:

wah beraninya awk...btw, my friends cakap, annabelle ni xseram sangat la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...