Pages

Sunday, October 19, 2014

464. Resepi Mudah Ala Cik Bunga: Maggi Ala Mee Kari!






Ha! Terliur ke idok tengok gambar kat atas ni? Saya gerenti la semua orang pon pandai buat Maggie Mee Curry ni kan. Resepi yang simple.


Bahan-bahan:
1. Maggi perisa Kari
2. Santan (Saya guna santan paket jer)
3. Telur
4. Udang
5. Sayur Kacang Panjang
6. Tauhu / Fish ball
7. Cili Flakes (yang ni saya beli yang dah dicampurkan dengan udang kering)
8. Bawang besar
9. Limau nipis / Cili besar


Cara-cara memasak:
- Potong bawang besar, sayur kacang panjang, tauhu, fish ball dan cili besar mengikut citarasa anda.
- Kemudian ketepikan semua bahan-bahan tadi.
- Panaskan sedikit minyak di dalam periuk / kuali dan tumis bawang sehingga wangi.
- Masukkan air mengikut kesesuaian maggie. (kalau korang guna banyak paket, air pon kenalah banyak yea)
- Masukkan perencah Maggi Kari, sedikit cili flakes, santan, udang, tauhu dan fish cake.
- Tunggu sehingga mendidih. 
- Kemudian masukkan maggie dan sayur kacang panjang dan sedia untuk dihidangkan.
- Tips: Maggi dan kacang panjang jangan di biarkan lama di atas api untuk mengelakkan maggie menjadi terlalu kembang dan sayur kacang panjang menjadi lecur.
- Telur direbus berasingan dan di potong dua.
- Akhir sekali hiaskan Maggi Ala Mee Kari dengan hirisan limau, telur dan cili besar yang telah di potong tadi.





Mudahkan! Tak sampai 10 minit pon nak menyediakan resepi ni. Sebenarnya tak kisah pon korang nak letak apa-apa bahan tambahan lain seperti taugeh, bunga kantan, daun sup etc. Terpulang pada citarasa korang nak menyedapkan lagi rasa Maggi Ala Mee Kari korang tu. Yang penting, semua bahan-bahan tu kita main campak-campak jer kat dalam. Senangkan! Selamat mencuba :)









3 comments:

Siti Aisya Ibrahim said...

macam sodap! terliur... :D

jemput ke blog saya yer...saya ada giveaway souvenirs dari Paris sedang berlangsung... :D salam perkenalan dari Germany... :D

Belog Santai said...

Dinner semalam dengan maggie ..he..he

Cik bunga mawar said...

Siti Aisya Ibrahim: ada masa nanti saya gi melawat sana yea

Belog Santai: makan maggi sekali-sekala memang terasa nikmatnya kan kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...