Pages

Friday, October 24, 2014

469. Resepi Mudah Ala Cik Bunga: Jeruk Mangga Asam Boi!



Konnichiwa minna-san!

Terjebak sudah! Sekarang ni kan tengah dok famous dengan Jeruk Mangga Asam Boi! Saya pon tak terkecuali. Mudah gila nak buat hokay.


Jeruk Mangga Asam Boi!






Bahan-bahan:
1. Mangga Muda 4 biji (Lagi masam lagi bagus - contoh: mangga epal!)
2. Asam Boi (2 paket)
3. Gula ( ikut suka korang)
4. Cili Padi 5 biji (kalau suka pedas boleh letak lebih)
5. Sedikit garam


Cara-cara:
1. Basuh mangga bersih-bersih.
2. Kemudian, mangga tersebut dibuang kulit dan dihiris/dipotong panjang-panjang (atau ikut suka koranglah nak potong macam mana pon, janji happy hehe)
3. Gaulkan mangga dengan asam boi, gula, sedikit garam dan cili padi yang dihiris halus.
4. Gaulkannya sehingga bahan-bahan tadi sebati.
5. Akhir sekali, masukkan mangga tersebut ke dalam bekas (seelok-eloknya yang ada penutup) dan simpan di dalam peti sejuk. (sekiranya nak makan terus pon dah boleh dah!)


Nampak tak? Tak sampai 15 minit pon kan. So, selamat mencuba!








2 comments:

Farrah MF said...

Alahai,...kecur air liur dibuatnya.
CBM, tolong hantar kat akak semangkuk!

Cik bunga mawar said...

Kak Farrah MF:

Alaaa, simpan pon tak sempat akak, semua dah selamat masuk perut hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...