Pages

Wednesday, August 24, 2011

::Kim Kardashian jual gambar dengan harga berjuta-juta?::


Siapa Kim Kardashian ni? Ada ke yang tak kenal? Actually saya pon tak berapa nak kenal sangat...rasanya yang berlakon dalam siri TV Keeping Up With The Kardashians tu la kan.

Okelah, sekarang saya nak cerita pasal dia. Tanggal August 21, 2o11, Kim telah selamat melansungkan perkahwinan secara rasmi dengan pemain bola keranjang Kris Humpries.


Kalau korang nak tau Kim Kardashian ni telah menjual hak eksklusif photo majlis perkahwinan dia kepada majalah People dengan harga USD 1.5 juta atau RM4,483,200 (sengaja bold kan amount tu sebab nak-tunjukkan-betapa-terbeliaknya-bijik-mata-saya ni tengok angka tu. Dasat giler lah) Kalau nak tau cerita selanjutnya sila kelik murai.com ni.

Mak ai! Gambar kahwin pon boleh buat duit sekarang ni. Seronok betol la kalau dapat jadi artis pemes ni kan. Rasa2nya harga photo tu je, dah boleh cover balik segala perbelanjaan perkahwinan dia tu. Gila lah! Yang kaya terus kaya..yang miskin? Sendiri mau ingatlah....

Well, tak sabar nak tunggu majlis perkahwinan Norman & Memey September ni. Mesti meletop jugak. Fully sponsored tu. Tetiba saya terpikir, sapalah yang nak taja bila saya kahwin nanti kan. Ada ke? Sedih....









Tuesday, August 23, 2011

::sebab mereka ini sangat rajin jawab teka-teka saya, jadi saya nak...::



jeng! Jeng! Jeng!

ini lah dua orang bloger yang rajin menjawab teka teki saya haritu. Ala, teka-teki pasal kuih tu. Tak ingat?! ha, kalau tak ingat cuba kelik SINI. Haritu saya dah janji, siapa yang jawab teka-teki tu saya akan promote blog dia kat sini...so, this it is!



*drums roll*




1) f@ryz@

Dia ni kawan sekolah saya masa sekolah menengah dulu. Rasanya, dekat sepuluh tahun kot tak jumpa dia, alih2 dalam blog pulak boleh terjumpa. What a small world kan kan. Anyway, dalam blog dia ni...dia banyak ceritakan perihal anak dia. Ibu mithali la nih. Sedar tak sedar dah dua orang dah anak dia rupanya. Comel seyh si Amir & Azri tu, macam nak gigit2 pipi diorang (tetiba rase jeles, haha)...


2) saye cik melur, datang dari desa

Ni pulak kawan saya masa diploma, merangkap ke degree. Saya selalu panggil dia dengan nama "jiran" sebab masa degree dulu dia berjiran dengan bilik saya (Kolej Melati, UiTM). Okelah, dia punya blog berkisarkan tentang hidup dia. Sangat comel oke sebab dia ni gadis klasik and hidup dia selalu je nampak happy. Susah tau nak nampak dia down walaupon dia sedih2 (rasa jeles jugak haha *hantuk kepala)...


dua2 xde header nak tepek kat sini, so saya letakkan link diorang je lah eyh. Okelah, kalau korang rajin, singgah2 lah blog diorang tau :)











::rezeki ramadhan...thanks nuffnang::



kelik gambar untuk tumbesaran



alhamdullillah :)


akhirnya dapat jugak BE dari nuffnang ni. THANK YOU SO MUCH NUFFNANG!

Excited gilos wooii! takdelah banyak mana pon tapi still nak teruja jugak [oke2, tau-tak-payah-nak-lebih2-sebab-orang-lain-dapat-lagi-banyak-dari-ni kau tau]

Anyway, thanks to kawan2, follower2, reader2 yang masuk and baca blog ni. siapalah saya tanpa anda [ceh! bajet femes. menyampah!] akhir kata, SAYANG YOU ALL KETAT2 hehe..



anneyong-gyesayo












Sunday, August 21, 2011

::baru...apa yang baru?::


tadaaa!!!

header baru saya. Amacam?

...tapi


yang lama pon saya suka juga.

xpela, penat dah memikior macam mana nak create header baru ni. Nanti kalau ada banyak masa terluang lagi, saya create yang lain pulak.ermm, saya ambik masa dalam sehari dua jugaklah nak siapkan benda alah ni. maklumlah, orang tak bape nak hebat yang buat. cer bagi kat orang2 yang dah terror nun, ntah2 dua tiga jam dah boleh siap kan kan.

apa2 pon, saya berpuas hati nak guna yang ni :)









Tuesday, August 16, 2011

::saya merestui hubungan Shaheizy Sam dengan Lisa Surihani. anda?::


saya akan sokong seratus-peratus hubungan diorang. korang pulak macam mana? sokong ke tak sokong?





sangat suka Shaheizy Sam.




juga sangat sukakan Lisa Surihani.



Memang serasi habislah bila diorang bersama kan kan. Bak kata pepatah melayu, bagai pinang dibelah dua. Betul tak? Cuba tengok gambar2 diorang berdua kat bawah ni, sweet je kan. Takde lah perlu macam Khairul Fahmi tu (tetiba, terkait nama dia pulak kat sini...adoiii. entry ni takde kaitan dengan Khairul Fahmi tu pon oke)









Comel kan. Comel kan.
(sila abaikan lidah Shahiezy Sam tu yea)


Well, sebenarnya diorang berdua tak bercinta pon. Saje je saya nak propa2 =.=" okelah, semua gambar2 tu diambil dari SINI.

Gambar2 tersebut diambil ketika mereka berdua menyertai Road Tour ABPBH 2010 ke Langkawi. Masing2 ditemani ibu kesayangan oke. Semasa di sana, ada yang cuba mengusik ibu mereka apabila melihat kemesraan Sam dan Lisa. Antaranya adalah usikan untuk berbesan. Wah!! Kalaulah betul2 diorang berdua bercinta, terujanya saya hehe.




Tapi, realitinye bukan....sebab Lisa Surihani sekarang ni kan dikatakan tengah hangat bercinta dengan Yusry (KRU). Kalaulah dia dengan Shaheizy Sam, mesti lagi sweetttttt kan.

nota kaki: Baru je dapat tengok cerita Sekali Lagi ni, tu yang tetiba terkeluar entry LISA & SAM. suka!
nota kaki lagi: most of the pictures taken from google image












Monday, August 15, 2011

::diambang penyakit maut::

dalam sihat pon boleh sakit. Semuanya ketentuan dari-NYA.

menjadi penghuni hospital selam 3 hari 2 malam (dah macam pergi bercuti la pulak 3D2N)



PENGALAMAN

(cerita ni berlaku di hujung bulan enam yang lalu...mungkin cerita dah basi)




# hari jumaat pagi


Bangun tido macam biasa. Tapi terasa lain macam sikit. Sakit belakang. Sakit sangat2. Saya ingatkan sakit belakang yang biasa2. Sakit belakang yang macam selalu saya alami bila tak cukup rehat ataupon terlebih stress. Saya gagahkan diri jugak pegi mandi. Lepas mandi, siap2 dan terus pegi keje.

Masa drive, terasa sakit lagi tapi saya tak endahkan. Malas nak dilayan perasaan sakit ni. Sampai je dekat opis, sakit belakang ni makin menjadi2. Sampaikan saya tak boleh nak duduk atau nak berdiri lama2. Memang rasa nak nangis time tu sebab dah tak tertanggung rasa sakit. tapi bila dipikir2 balik kalau nangis rasa tak macho la plak kan. Oke. sebenarnya saya cengeng and kuat nangis, so air mata bergenang jugakla kat tubir mata. Ngadu kat kak Cheenai (one of my colleague) Then, kak Cheenai tolong bawakkan pegi klinik terdekat.

Doktor: sakit apa?
Saya: Bla bla bla (explain kat doktor sambil meleleh air mata, adoii)
Doktor: kenapa nangis??
Saya: sebab sakit sangat... (air mata meleleh lagi)
Doktor: Jangan lah nangis (sambil tekan2 tulang belakang saya)

Doktor: ni kena inject ni. lepas ni, hilanglah sikit sakit belakang tu.
(saya diam seketika sambil pandang doktor)

Saya: Ermm!! Ermm...ada tak cara lain untuk nak hilangkan sakit ni selain dari cucuk.
Doktor: Ada! kena makan ubat la...tapi tak mujarab sangat. The best solution is injection.
(saya pandang lagi muka doktor)

Doktor: Kenapa?
Saya: Takpelah...doktor bagi je lah saya ubat tu. Saya taknak kena cucuk.
Doktor: Lah kenapa pulak?
Saya: Saya takut jarum. Last kena cucuk masa sekolah dulu. Tu pon masa tingkatan tiga.
Doktor: Macam2 lah awak ni. Oke lah, saya bagi ubat. Tapi kalau sakit lagi, awak kena inject jugak.

(saya angguk laju2 sebab hati dah rasa lega. Yeah2, tak payah kena cucuk!)


Doktor bagi MC tapi saya tak boleh nak balik lagi sebab tak dapat nak drive kereta. Nasib baik pagi tu ada kawan saya tumpang pegi keje skali, so saya tunggu dia sampai waktu balik [dalam 5.30 ptg camtu] sebab nak suruh dia tolong drivekan.

Balik rumah, badan saya dah seram sejuk. Sejuk gila sampai mengigil-gigil...




...to be continued





Friday, August 12, 2011

::TEKA-TEKI SUKA-SUKI: kalau rajin meh la cuba teka::


Hi semua!!!

Bersempena dengan bulan puasa yang penuh berkah ini, saya nak bagi TEKA-TEKI sikit dekat korang. Kalau korang rajin, teka lah eyh. Bila bulan2 puasa macam ni, selalunya kita mesti akan teringat-ingatkan makanan kan. So, teka-teki kali ni berkenaan dengan makanan iaitu kuih yea kawan2...

Semua dah sedia?


Teka- tekinya berbunyi begini,
dalam banyak2 kuih, kuih apa....

1) Kuih apa paling gangster?
2) Kuih apa paling sexy?
3) Kuih apa paling keji?
4) Kuih apa bajet cute?
5) Kuih apa awet muda?
6) Kuih apa paling alim?
7) Kuih apa suka pukul?
8) Kuih apa penyakit lelaki kronik?
9) Kuih apa duduk dalam zoo?
10) Kuih apa paling lembap?
11) Kuih apa paling berbau?
12) Kuih apa paling tenteram?
13) Kuih apa bangun sendiri?

*REWARD: bagi lima bloger terpantas (tapi jawapan mesti la kena betul oke - minimum 8 dan ke atas yea), insyaallah saya akan mempromote blog korang dekat sini, amacam? (tapi ada ke yang berminat nak teka ni_wondering)



Note kaki: jawapan, nanti saya akan letak dekat next entry.








Wednesday, August 10, 2011

::Happy Birthday Kakak::


Semalam, harijadi kakak saya Rozita. Disebabkan kakak saya ni suka sangat Korea (macam adik dia ni jugak), saya nak dedikasikan video Happy Birthday dalam Bahasa Korea ni dekat dia.

Ucapan saya: Semoga kak berjaya menjadi orang yang berjaya dalam hidup, berjaya menjadi kakak yang baik pada adik2, berjaya menjadi anak yang taat pada kedua orang tua, berjaya menjadi individu yang baik pada masyarakat, berjaya menjadi rakyat yang baik pada negara & berjaya menjadi umat yang soleh di dunia dan akhirat. Amin!

Comel oke video ni. Kalau tak percaya cuba korang dengar tengok...




So? Amacam?!! Oke tak?!





Tuesday, August 9, 2011

::Alahai, Shah Jaszle::


ARTIS: Shah Jaszle


Sekarang tengah tengok rancangan Fuhh!

Haha! Lawak lah...Bukan lawak sebab diorang buat lawak tapi something happen kat studio.

Artis undangan hari ni adalah Nur Fathia & Shah Jaszle. Nur Fathia ni awal2 lagi dah sampai studio tapi si Shah Jaszle ni sampai 10 minutes on air rancangan ni pon belom nampak batang hidung. Alamak!

Si Awal Ashari dok asek buat lawak je sebab nak cover si Shah Jaszle ni lambat, antaranya dia cakap "mungkin dia lambat balik dari solat terawih ke apa kan" & ect. Nur Fathia pulak menyampuk2 supaya tak nampak sangat lah diorang ni tengah menunggu si Shah Jaszle.

last2, muncul jugak si Shah Jaszle ni. Ambik kau, sekali tercungap2 (oke, saya tipu. takdelah sampai tecungap2 tapi dia nampak agak kepenatan) Dia cakap, dia ada hal sikit tadi tapi kalau tengok dari riak muka dia macam muka baru bangun tido je. Mungkin terlajak la kot kan. Takkan dia nak mengaku pulak, hahaha! (ntah2 betul dia ada hal tak...opss dosa2 bersyakwasangka. Sorry2)

Tapi time tu memang nampak blur habis lah si Shah Jaszle ni (cute pon ada gak, sebab muka dia nampak sunggoh innocent ketika itu oke) Hurm, yang membuatkan saya rasa dia sebenarnya terlajak tido adalah kerana, ketika Awal Ashari bertanyakan tentang wataknya dalam drama Tahajud Cinta, dia susah benar nak mengingat nama seorang artis (watak girlfriend dia) dalam cerita tu. Memang nampak bersungguh2 lah dia nak mengingati (Berkerut2 dahi dia sambil tangan kat dahi bagai). Comel. hahaha.

Bila dah lama sikit baru dia dapat catchup dengan Nur Fathia & Awal Ashari. So, sweet. Harap itu bukan perangai dia lah oke. Mungkin dia tak sengaja. Maklumlah, bulan2 puasa ni kan...lepas berbuka je, mata mesti rasa nak pejam. Kalau dia lewat bukan disebabkan tertido, lagi lah bagus kan kan.



Nota kaki: Tetap minat Shah Jaszle.



Sunday, August 7, 2011

::promosi blog secara percuma! c'ayob::


Lately ni, bila sabtu ahad menjelang je...saya macam banyak masa. So, boleh lah blogwalking bagai kan. Yelah, bulan2 Ramadhan ni bukannya boleh makan pon. Kalau tidak mesti saya dah tak lekat kat umah. Berjalan je kejenya.

Well, saya join segmen bloger lagi ni. rupanya ramai betul bloger2 yang rajin buat segment/contest kan. Tengok tajuk pon mesti korang dah tau, so tak payah lah saya nak explain panjang berjela kan :)


kalau nak join jugak, sila klik SINI oke.
(^____~)V


AnnyeonG
dan selamat berpuasa semua



Saturday, August 6, 2011

::scents of jealousy::


hahaha. apa kes? nak jeles2 dengan orang cantik.

[tengah control mood jeles]

Cantik tu kan subjektif. Mungkin kita rasa seseorang tu cantik tapi belom tentu orang lain akan sama pendapat dengan kita kan kan. Mungkin pada diorang, biasa2 je. So, terserah pada definasi cantik masing2. Selalu yang kita tengok, kebanyakan artis2 semuanya cantik2 belaka.


Tapi tak dinafikan, sesetengahnya tu jadi cantik dengan bantuan teknologi terkini. Contoh, kosmetik, botox, plastik surgery and etc.



[cantik + bakat = meletop]

Ulasan: Dah lah cantik berbakat pulak tu. Memang pakej lengkaplah. Tak hairanlah kalau diorang sangat MELETOP! kebaboom dan digilai ramai. Bak kata omputih: Born to be a STAR. Contoh artis yang saya rasa sesuai dalam kategori ni: Lisa Surihani [haruslah saya letak sebab my feveret artis ni]




[cantik + kurang bakat = rezeki]

Ulasan: Mereka popular disebabkan kecantikan yang dimiliki. Sudah REZEKI diorang. Kalau nak ikut bakat takde lah semenggah mana. Harap artis2 yang jatuh dalam kategori ni akan memperbaiki bakat yang mereka ada. Dengan bantuan teknologi moden terkini, apa pon mampu dilakukan. Sekarang ni kan banyak program2 atau kursus2 untuk memperbaiki mutu persembahan seperti kelas lakonan, kelas vocal etc.

Siti Nurhaliza yang memang dah femes amos tu pon masih berusaha menggilap bakat dia ke level yang lebih tinggi. Contoh artis yang saya rasa sesuai dalam kategori ni: Maya Karin [masa awal2 kemunculan dia la, tapi sekarang dah meletop. Tak percaya cuba korang tengok cerita dulu tajuk no problem punyo. Ini pon feveret artis saya jugak ni]




[kurang cantik + bakat = hebat]

Ulasan: Kategori ni marvelous. HEBAT! Kenapa saya cakap macam tu. Mana tak nya, diorang popular bersandarkan bakat yang diorang ada, bukan paras rupa. Artis2 kategori ni memang berusaha keras untuk capai apa yang diorang mahu. Dan sekiranya mereka perolehi, pasti menimbulkn satu kepuasan. Tabik springlah kat diorang. Contoh artis yang saya rasa sesuai dalam kategori ni: Elly Suriati [hebat gila. Bagilah watak apa pon mesti dia boleh buat punya. Watak jahat ke, watak baik ke semuanya dia berjaya menjiwai]




[kurang cantik + kurang bakat = gila glamour]

Ulasan: Kalau kategori ni, artis ni akan femes atau laku sebab dia guna kaedah lain [paham2 lah sendiri] Kebiasaanya saya gelarkan artis-artis sebegini, artis yang GILA GLAMOUR! Mereka ni cari makan dengan cara2 yang tak berapa nak bagus lah. Tapi kalau lah diorang guna cara yang bagus kira oraitlah kan. Contoh artis yang saya rasa sesuai dalam kategori ni: n/a [nantikan ada pulak yang kena saman kan, so better tak payah tulis kat sini]


Apa-apa pon, muka komersial, bakat meletop sebab tu depa laku masuk TV. Cer bagi cik bunga masuk TV, diri sendiri pon nyampah nak tengok [cik bunga pernah jugaklah jadi awk2 kat TV masa zaman belajar2 dulu] sampai sekarang tak dapat nak terima kenyataan oke. Gemuk and muka tak komersial lansung. Bencilah! =.="

Kalau korang nak tau, kita akan nampak lagi gemuk [berbanding biasa] bila dalam tv dan muka haruslah xberapa nak komersial/cantik sangat. unless korang memang fotogenik or memang cantik gila2 [tu pon kat dalam TV muka akan jadi pale kalau tak make up] Sebab tu artis akan tepek makeup tebal satu inci sebab nak nampak cantik dalam TV oke. So, kalau kita tengok artis2 yang kurang cantik/gemuk bila kat dalam TV tu..tak semestinya realiti dia nampak macam tu jugak.




*nota kaki:
#Ini hanya pandangan peribadi saya, so pada yang tak setuju tu, harap maaf.
#all photo taken from google image



Monday, August 1, 2011

::memori RAMADHAN::

Salam Ramadhan kawan2. Well, hows ur 1st day of puasa? Hope everything goes well.

Okelah. Hari ni saya nak bercerita pasal memori berpuasa masa kecik2 dulu. FYI, if kamu2 ada memori menarik ketika ramadhan masa kecik2 dulu...boleh la share dengan bloger2 lain. Mesti seronokkan. Bertukar2 cerita. Senyum sorang2 sebab kita pon pernah buat benda yang sama.

Caranya mudah saje, korang join la Segmen: Memori Ramadhan by Sakura. Hurmm, kebetulan hari ni memang mood saya nak tulis entry berkenaan cerita2 berpuasa dulu. So, bila nampak segment ni kat entry anis terus decide nak join :)



nak join kelik banner kat atas ni.


Ada dua-tiga cerita yang saya rasa menarik nak kongsi bersama kamu semua.


1) part time jadi penghantar kuih

Masa kecik2 dulu bila puasa menjelang je, saya & adik saya Ida lah orang yang paling bz sekali especially pukul 6 petang ke atas. Bukan bz di dapur tapi bz sebab nak kena hantar juadah berbuka dekat jiran2. Mak saya pulak jenis yang rajin. Bayangkanlah; habis semua jiran2 dia nak bagi, so terpaksalah anak2 dia ni berjalan satu kampung. Serius tak tipu! Selalunya pukul 7 lebih baru saya sampai rumah balik. Bila waktu berbuka, juadah mesti penuh satu rumah. Lepas makan je masing2 perut kedepan macam orang kecacingan.

Ada satu hari tu, adik saya ditugaskan untuk menghantar kuih dekat rumah jiran saya yang paling dekat. Tiba2 dari kejauhan terdengar sayup2 suara adik saya berlari balik. Semua tertanya2. Kenapa kah? Setibanya adik saya kat rumah terus dia bagitau yang jiran kami, Tok Bedah tu bagi kuih planet.

Kami semua tercengang! Kuih planet? Kuih apa tu, tak pernah dengar pon. Adik saya tunjukkan bekas kat tangan dia. Semua orang gelak terbahak2 sebab kuih tu memang macam bentuk kapal terbang UFO pon. Mana taknya, patutnya kuih tu bentuk segi empat sama [tak tau nama kuih tu apa] Agaknya jiran saya tu terlebih kreatif atau pon dia takde acuan, so dia guna tudung tuperware yang ada bonjol bulat kat tengah2. Amik kau, sekali dia bagi satu bijik je kuih tu sebab dah besar gedabak [mesti uols tak boleh nak imagine kan tapi yang pastinya memang macam kapal terbang UFO la]


2) kantoi ponteng puasa

selalunya saya akan terliur bila adik saya makan di waktu siang. Mana taknya. dia boleh makan dengan bestnye depan saya yang tengah tekun nak habiskan puasa ni. Saya apalagi, mesti la akan mintak sesuap [iman senipis kulit bawang la katakan]. Selalunya pujukan saya tak berjaya tapi ada satu hari tu adik saya ni ringan je tangan dia nak suapkan. saya tak mintak lebih, satu suap je...lepas tu sambung la balik puasa tadi kan[satu suap pon puasa tetap batal jugak, sengal betol aku ni sebab boleh ingat puasa boleh sambung2]

Tapi yang susahnya, adik saya ni asyik nak ugut bagitau mak saya je kalau saye tak buat apa yang dia nak [siot je adik aku ni. well, ini pengajaran untuk semua juga. sebelum buat, pikir dulu kesannya oke]

adik: nak tu
(merengek2 nak benda kat tangan saya)

saya: tak boleh

adik: habaq kat mak kak tak posa
(sambil dia buat muka macam nak kena lempang)

(apalagi, saya berangin la satu badan sebab tu je lah modal dia hari2)

saya: habaqlah. mak dah tau pon. mak kata takpa.
(mimik muka kasik riak sikit supaya adik saya percaya yang konon2nya saya dah bagitau mak saya pasal ni)

mak: roih! hang tak posa!!!!
(tetiba dengar suara nyaring mak kat dapur)

(alamak, kantoi sudah! so, kena la tahan telinga sebab kena ceramah sepanjang hari oleh mak, adoiiii!!)

Lepas insiden tu, saya dah tak berani dah mintak adik saya suapkan nasik ketika puasa. So, sebagai alternatif lain saya akan curik2 minum air dalam bilik air tapi tu kalau dah tak tahan sangat lah [tak serik2 lagi]. Bila keluar bilik air je mak mesti tanya minum air ke? saya dengan lajunya akan menidakkan. Mana ada orang yang buat salah akan mengaku salah kan.



Banyak lagi cerita yang nak dikongsi, macam; sanggup mengaku puasa sebab nak bertanding dengan kawan2 kat sekolah siapa puasa lagi banyak [yang puasa penuh, cikgu akan bagi duit raya], ponteng puasa dengan budak2 lelaki lepas main aci ligan, lepastu bagi diorang makan jeruk rambai yang mak saya buat supaya diorang tak bising dekat sekolah besok [mak ai, buruknye perangai], tak tau solat terawih tapi buat2 tau yang akhirnya jadi tunggang-langgang tak tentu hala dan banyak lagi.

Tapi tu semua nantilah. Entry ni pon dah cukup panjang. Nanti ada pulak yang bosan.

oke. adios.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...