Pages

Tuesday, September 18, 2012

Asian Wave 2012: Shila Amzah pon ada, hebat!




Tahniah Shila! sebab berjaya melangkah ke final untuk program realiti Asian Wave 2012. Asian Wave tu apa?! Nak tahu lebih lanjut  pasal Asian Wave ni, meh klik kat sini.

Ha, dah tau dah kan. Ianya bukanlah sejenis makanan-laut-asia atau pon trend terbaru-rambut-gelombang ke apa ke tetapi program nyanyi-nyanyi. Ala, yang macam AF tu..tak pon Malaysian Idol...tapi yang ni tahap antarabangsa la kan.

Pertandingan ini melibatkan artis-artis baru atau berkumpulan daripada Asia, termasuklah Jepun, Korea, Singapore, India, Malaysia, Thailand dan region-region lain di Asia ni. Daripada 30 orang peserta, hanya 12 orang aje yang layak ke final termasuklah Shila! Pertandingan ni telah berlansung di Shanghai, dimana pusingan awal telah pun diadakan dari 31 Ogos sehingga 6 September yang lalu.

Judges pulak terdiri daripada Japan’s ‘Bossa Nova Queen’ Lisa Ono, Korea’s pioneer boy band Shinhwa’s core member Lee Min-woo [hensemnye-melting-terus - sempat lagi tu], India’s ‘Big Sister’ of the popular music industry Anaida, Canto pop legend Alan Tam, Hong Kong’s leading recording artiste Hacken Lee and over twenty top music representatives from the region.

Pada pusingan pertama, Shila menyanyikan lagu “Set Fire to the Rain” dan pusingan kedua pulak, dia menyanyikan lagu feveretnya iaitu ” Forever Love” by Wong Lee Hom [minat gila katanya]. Anyway, suara dia memang meletop sampaikan ada juri bangun lepas dia habis nyanyi.

Memang power giler lah suara dia. Muka pon comel :) Tak percaya cuba tengok tiga video kat bawah ni. Dua Shila nyanyi, satu lagi video nyanyian Liu Wan Ying, menyanyi untuk program yang sama. Ni pon bagus sebab berani nyanyi lagu melayu. Mari-mari:

Set Fire to The Rain - Shila Amzah


Forever Love - Shila Amzah



Bukan Cinta Biasa - Liu Wan Ying


Final Asian Wave 2012 ni akan berlansung pada 20 September ni. Apalagi, jom la pakat tengok ramai-ramai walaupon di Youtube sahaja mungkin. [tapikan, rancangan ni tak ada subtitle malay or english, so susah ler nak paham sikit]

Well, sampai sini dulu yea. If saya rajin,saya upload full video...tapi tu "if kalau saya rajin" lah kan...Oklah, gudnite ^^


2 comments:

ordinary malaysian said...

Shila 茜拉 has the complete package. Voice, stage presence, heart and audience rapport! She is not only a singer but also an entertainer and performer par excellence! That is the major difference between her and most of our other singers. Siti Nurhaliza is a great singer but not an entertainer/performer. I love to hear Siti sing, but if you want to watch, Shila is my choice. However, I must say that before the Asian Wave furore, I had not heard of Shila! I have not come across a Malaysian artiste like her! Shila was really into the song when she sang Zhang Fu 政服 and that, together with her excellent pronunciation, bowled over the judges and, of course, yours truly too. Sebagai seorang Cina saya pun amat kagum dan bangga akan bakat Shila yang ternyata dan tak dapt dinafikan! Shila 茜拉, 加油!

Cik bunga mawar said...

thank you for ur comment & 100% agreed with you...she has a spark :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...