Pages

Thursday, October 23, 2014

468. Resepi Mudah Ala Cik Bunga: Mustard Baked Potatoes!



Morning uols! Ohio :)

Semalam, masa tengah blogwalking, tetiba ternampak resepi best kat blog FAMF Tower! So apa lagi, terus gigih pergi cari bahan-bahan nak buat benda-alah ni. 

Walaupon tiada oven di rumah, saya tetap meneruskan niat (sedih jer dengor kan). Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Berjaya! So pagi ni saya nak share resepi mudah ni kat sini. Boleh?



Kentang Bakar Mustard! 




Bahan-bahan:
1. Kentang
2. Bawang Besar (dihiris/dimayang mengikut citarasa masing-masing)
3. Mustard (apa jenis pon boleh)
4. Minyak Zaitun (Olive Oil)
5. Lada Hitam (ditumbuk halus)
6. Garam


Cara-cara:
1. Basuh kentang bersih-bersih dan potong mengikut saiz yang anda suka.
2. Kemudian, rebus kentang tersebut (masukkan sedikit garam semasa merebus)
3. Apabila kentang telah lembut/empuk, toskan air biarkan kering.
4. Gaulkan kentang tersebut bersama dengan bawang besar yang dihiris, lada hitam, olive oil, mustard dan garam sehingga rata.
5. Bakar pada suhu 230 darjah celcius selama 30 minit (pada yang ada oven kat rumah)
6. Pada yang takdak oven macam saya ni, korang boleh balutkan kentang yang digaul dengan bahan-bahan lain tadi dalam aluminium foil dan panaskan di atas kuali leper dengan api yang sederhana  selama 15 ke 20 minit. 
7. Tutup permukaan kuali tersebut agar kentang tadi masak sekata. (Jangan lupa balik-balikkan aluminium foil tu ye untuk mengelakkan kentang tersebut hangit)


Kentang tu kalau taknak rebus pon boleh, tapi korang kena bakar lama sikitlah. Alternatif lain sekiranya korang takdak oven, kentang tersebut bolehlah digoreng dengan minyak yang sedikit. Amacam?! Senangkan..selamat mencuba korang :)








3 comments:

Luqman Zakaria said...

bg la sini sikit..hehe

Farrah MF said...

Baguslah idea CBM guna foil tu. Mesti lebih lembut kentang tu + rasa mustart tu lebih absorb!

Thanks sebab sudi cuba resepi ni.

Cik bunga mawar said...

Luqman Zakaria:

dah abis licin dah, xsempat nak simpan hehe


Kak Farrah MF:

Resepi best, mesti la kena cuba hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...