Pages

Thursday, June 4, 2009

::kisah mak saya::


lately ni...mak nampak muram sikit. Mungkin masih lagi bersedih atas pemergian adiknya ke rahmatullah. Dan mungkin juga terkilan kerana tidak dapat menghadiri pengkebumian adik mak yang menghembuskan nafas terakhirnya di Kelantan. Masalah utama, langsung tiada tiket dari taiping ke tanah merah pada malam tersebut.

Mak nangis-nangis teruk minta saya dan kakak pergi ke sana mewakili family saya. Bagi tidak menghampakan mak, saya dan kakak terus bergegas cari tiket. Kami bertolak ke kelantan pada pukul 9 malam.

Keadaan mak masih sama. Tidak seceria selalu dan sedikit muram. Saya risau~! Masa datang untuk convo saya mak tak berapa sihat dan nampak macam takda mood sangat.

lepas tu, nak dijadikan cerita...masa pagi hari konvo, mak jatuh sebab lantai kat hotel licin. pergelangan tangan mak bengkak dan mak susah nak angkat tangan...tapi mak pergi juga ke convocation saya...terharu~!

lepas aje saya selesaikan hal-hal berkaitan konvo, kami terus balik hotel...mak macam nak demam. Mujur kakak saya ada bawakkan minyak panas dari rumah dia. So, saya gunakan minyak panas tu untuk urut tangan mak...

saya harap mak sihat semula dan ceria macam selalu...Sayang mak~!



anak mak,
rose



first time menjejakkan kaki di kelantan...saya dan kakak sampai di sana dalam pukul 4 setengah pagi..masing-masing keletihan =(


wajah yang mengantuk tapi di tahan-tahan...kedua-dua kami terpaksa ponteng kerja, xpelah...demi mak~!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...