Pages

Wednesday, October 17, 2012

Shila Amzah akan bertemu Wang Lee Hom hujung tahun ni?


Salam semua^^

Hari ni saya nak bergosip sikit dengan kamu-kamu. Cerita apa?! Ala, cerita pasal Shila Amzah nak dipertemukan dengan penyanyi pujaan hati dia. Kalau kamu-kamu pernah menonton episod yang Shila nyanyikan lagu "Forever Love" tu, mesti kamu-kamu tahu yang Shila ni memang minat habis kat Wang Lee Hom. [Ehem-ehem, saya pun minat jugak sebab dia hensem - melting! haha]  Kalau yang tak pernah tengok tu, kamu-kamu boleh tengok kat SINI


Btw, Shila belum pernah bersua muka dengan Wang Lee Hom dan dia sangat menantikan saat untuk dipertemukan dengan penyanyi pujaan hatinya itu. Wah! Bestnya...siapa yang tak gembira kalau dapat bertemu dengan penyanyi pujaan hati kan kan. Tapi semuanya masih dalam peringkat perancangan. Sekiranya jadi, mungkin pada hujung tahun ni.

"Belum ada sebarang pengesahan dalam pertemuan saya dengan Lee Hom tetapi sudah ada rancangan untuk kami dipertemukan di sebuah konsert sempena sambutan tahun baru di Shanghai penghujung tahun ini. Saya diundang membuat persembahan di konsert tersebut dan mungkin ada rencana untuk kami berduet bersama. Semua itu masih di peringkat awal, tetapi yang pasti saya akan bertemu dengannya satu hari nanti,"jelasnya teruja.

Wang Lee Hom turut menyuarakan hasrat untuk mencipta lagu buat Shila. Hasrat tersebut dimaklumkan sendiri oleh pihak pengurusan Shila di China.

"Saya dimaklumkan secara lisan bahawa Lee Hom berminat untuk menulis sebuah lagu untuk saya dalam bahasa Mandarin selepas dia melihat saya menyanyikan lagu Forever Love ketika final Asian Wave yang lalu. Sungguh terharu dan bersyukur apabila seorang penyanyi bertaraf antarabangsa seperti Lee Hom menyuarakan hasratnya untuk mencipta lagu untuk saya. Daripada zaman sekolah lagi saya sudah meminati lagu-lagunya."

Tetiba saya yang tereksaited lebih-lebih. Tu baru Wang Lee Hom nak jumpa Shila, kalau Wang Lee Hom nak jumpa saya maunya pengsan lapan juta kali...last-last cancel sebab lama sangat menunggu kehkeh :)

Untuk membaca cerita penuh, sila lawati Murai.com yea kawan-kawan :)



1 comment:

Cik bunga mawar said...

xpelah, saya ni biasa-biasa je...xde rupe model pon hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...