Pages

Tuesday, November 4, 2014

474. Running Man - Race Start Malaysia Season 2



I still can't believe that I've meet them for real!

I'll write an entry regarding this later!


Kim Joong Kook performing 'Twister King' Song!






Friday, October 31, 2014

473. One fine day!







I can't wait for the day 
when I get to look at you & feel
absolutely nothing!













Tuesday, October 28, 2014

472. My heart says!








































Soon!






Monday, October 27, 2014

471. Sahut cabaran!



Ohio!

Nak dijadikan cerita, sabtu lepas kawan saya telah mencabar saya seperti di bawah ni:

'Makan hanya SEGENGGAM NASIK (untuk setiap kali makan) dan tidak boleh berlaukkan DAGING ataupun AYAM (other than these two, boleh), selama seminggu!'


Dalam kepala otak ligat dok pikir:

'A week?! Apa ada hal.' (senyum dalam hati) 
'Kejap je nih..Saya SAHUT!' (senyum lagi)


Tapi, 

Baru sehari dah rasa kejam macam ni (exaggerate!)


I can do it! Yes, I can do it! 
Gambatte ne~







Saturday, October 25, 2014

470.Hijrah!



Salam Maal Hijrah 1436H untuk semua :)

Semoga setiap dari kita menjadi insan yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya.

As for me, Hijrah bermaksud perubahan dari segala aspek. Rohani mahupun jasmani.  Dan kita sentiasa berusaha untuk membawa diri kearah kebaikan dari pelbagai aspek, pelbagai sudut. Sudut hati, sudut pemikiran, sudut percakapan, sudut perlakuan, sudut pemakaian dan sebagainya.

Semoga kita menjadi insan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara! In Syaa Allah :)








Friday, October 24, 2014

469. Resepi Mudah Ala Cik Bunga: Jeruk Mangga Asam Boi!



Konnichiwa minna-san!

Terjebak sudah! Sekarang ni kan tengah dok famous dengan Jeruk Mangga Asam Boi! Saya pon tak terkecuali. Mudah gila nak buat hokay.


Jeruk Mangga Asam Boi!






Bahan-bahan:
1. Mangga Muda 4 biji (Lagi masam lagi bagus - contoh: mangga epal!)
2. Asam Boi (2 paket)
3. Gula ( ikut suka korang)
4. Cili Padi 5 biji (kalau suka pedas boleh letak lebih)
5. Sedikit garam


Cara-cara:
1. Basuh mangga bersih-bersih.
2. Kemudian, mangga tersebut dibuang kulit dan dihiris/dipotong panjang-panjang (atau ikut suka koranglah nak potong macam mana pon, janji happy hehe)
3. Gaulkan mangga dengan asam boi, gula, sedikit garam dan cili padi yang dihiris halus.
4. Gaulkannya sehingga bahan-bahan tadi sebati.
5. Akhir sekali, masukkan mangga tersebut ke dalam bekas (seelok-eloknya yang ada penutup) dan simpan di dalam peti sejuk. (sekiranya nak makan terus pon dah boleh dah!)


Nampak tak? Tak sampai 15 minit pon kan. So, selamat mencuba!








Thursday, October 23, 2014

468. Resepi Mudah Ala Cik Bunga: Mustard Baked Potatoes!



Morning uols! Ohio :)

Semalam, masa tengah blogwalking, tetiba ternampak resepi best kat blog FAMF Tower! So apa lagi, terus gigih pergi cari bahan-bahan nak buat benda-alah ni. 

Walaupon tiada oven di rumah, saya tetap meneruskan niat (sedih jer dengor kan). Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Berjaya! So pagi ni saya nak share resepi mudah ni kat sini. Boleh?



Kentang Bakar Mustard! 




Bahan-bahan:
1. Kentang
2. Bawang Besar (dihiris/dimayang mengikut citarasa masing-masing)
3. Mustard (apa jenis pon boleh)
4. Minyak Zaitun (Olive Oil)
5. Lada Hitam (ditumbuk halus)
6. Garam


Cara-cara:
1. Basuh kentang bersih-bersih dan potong mengikut saiz yang anda suka.
2. Kemudian, rebus kentang tersebut (masukkan sedikit garam semasa merebus)
3. Apabila kentang telah lembut/empuk, toskan air biarkan kering.
4. Gaulkan kentang tersebut bersama dengan bawang besar yang dihiris, lada hitam, olive oil, mustard dan garam sehingga rata.
5. Bakar pada suhu 230 darjah celcius selama 30 minit (pada yang ada oven kat rumah)
6. Pada yang takdak oven macam saya ni, korang boleh balutkan kentang yang digaul dengan bahan-bahan lain tadi dalam aluminium foil dan panaskan di atas kuali leper dengan api yang sederhana  selama 15 ke 20 minit. 
7. Tutup permukaan kuali tersebut agar kentang tadi masak sekata. (Jangan lupa balik-balikkan aluminium foil tu ye untuk mengelakkan kentang tersebut hangit)


Kentang tu kalau taknak rebus pon boleh, tapi korang kena bakar lama sikitlah. Alternatif lain sekiranya korang takdak oven, kentang tersebut bolehlah digoreng dengan minyak yang sedikit. Amacam?! Senangkan..selamat mencuba korang :)








Tuesday, October 21, 2014

467. Seminggu cuti Raya Haji, 3KG naik! Apa dah jadi?



Ini lah antara sebab-musababnya. Seminggu saya beraya di kampung sambil ditemani makanan yang best-best. Tak sia-sia orang sedekahkan/beri daging korban, semua habis dimasak dalam masa seminggu. Sungguh efision keluargaku ini hahaha! 

Mau gila dibuatnya apabila makanan lazat-lazat dihidangkan di depan mata setiap hari. Tapi lebih gila lagi bila lepas makan berat badan naik sampai 3kg. Hambik kau! 

Lemah lutut sebab terkejut dengan kenaikan berat badan yang mendadak ini. Dem!



Malay's Salad / Kerabu Pucuk Paku prepared by my mom



Mom's homecooked Beef Soup Noodles / Mee Sup Daging! (Daging korban ni sedap dan manis rasanya!)



Beef cooked in Spicy Coconut Milk Gravy / Spicy Yellow Curry (Daging Masak Lemak Cili Api) prepared by my sister!


Beef in Soy Sauce or ( Daging Masak Kicap ) prepared by my sister



2nd day of Aidiladha, Special Beef Soup cooked/prepared by my Ayah (Dad). The best Beef Soup ever!



1st day of Aidiladha, my mom's homemade Chicken Curry with Lemang (Glutinous Rice or Sticky Rice)



1st day of Aidiladha, my sister's homemade Lontong (Coconut based soup- Sayur Lodeh) complemented with my mom's homemade rice cakes (Nasi impit) & Spicy Peanut Sauce (Kuah Kacang)



Mom's Recipe - my sister's homemade Mixed of Chicken & Beef 'Boiled' Noodles or (Mee Rebus Ayam & Daging) 



Ha! Nampak tak disitu yang saya ni hanyalah 'tukang makan' semata-mata. Semua masakan disediakan oleh ayah, mak or kakak saya!

Semoga azam saya nak kurus tercapailah yea. In Syaa Allah!














Monday, October 20, 2014

466. 'I want to touch a dog' campaign!



Islam itu mudah.
Tapi jangan pula dipermudahkan.

Yang haram,tetap haram.
Kerna matlamat tidak pernah menghalalkan cara

Wallahualam.








465. Simpanan - Ungu, Turquoise, Oren, Merah, Hijau dan Biru!






Morning lovelies!

Just want to share something which I think might be useful to you guys too :)

Basically its about our saving! Tapi ni bukan saving yang korang put aside everymonth after dapat gaji tu tau! Yang tu of course wajib simpan untuk masa depan kita kan kan :)

Semalam terbaca enrty kawan saya Rodiah Amir tentang simpanan color-color ni! It sounds interesting to me. Apakah simpanan color-color ni? 

Sebagai contoh saya ambil Simpanan Oren. Definasi simpanan oren ni bermaksud, saya perlu menahan diri dari mengunakan wang kertas berwarna oren (benilai RM20) yang diterima oleh diri sendiri. Tak kisahlah samaada  wang itu saya dapat semasa mengeluarkan duit dari mesin ATM atau menerima pulangan wang baki setelah membeli barang-barang etc. So setiap kali berjumpa dengan si Oren, wajib masuk  ke dalam tabung Simpanan!

Disiplin dan kejujuran pada diri sendiri amatlah penting dalam menjayakan misi Simpanan ini. Hurm, akan saya praktikan cara simpanan ni and probably I''ll choose an Orange color. In Syaa Allah! Gambatte kudasai Rose-chan! 

Nak tau lebih lanjut lagi pasal kaedah simpanan ni, korang boleh visit page En. Hilmi - simpanan Hijau dan En Freddie - simpanan Oren. 

Kalau korang rasa tak mampu nak beri komitment untuk nilai yang tinggi, korang boleh bermula dengan simpanan biru. Tiada paksaan pon, dan yang penting korang mestilah disiplin okay.

So, which color are you?












Sunday, October 19, 2014

464. Resepi Mudah Ala Cik Bunga: Maggi Ala Mee Kari!






Ha! Terliur ke idok tengok gambar kat atas ni? Saya gerenti la semua orang pon pandai buat Maggie Mee Curry ni kan. Resepi yang simple.


Bahan-bahan:
1. Maggi perisa Kari
2. Santan (Saya guna santan paket jer)
3. Telur
4. Udang
5. Sayur Kacang Panjang
6. Tauhu / Fish ball
7. Cili Flakes (yang ni saya beli yang dah dicampurkan dengan udang kering)
8. Bawang besar
9. Limau nipis / Cili besar


Cara-cara memasak:
- Potong bawang besar, sayur kacang panjang, tauhu, fish ball dan cili besar mengikut citarasa anda.
- Kemudian ketepikan semua bahan-bahan tadi.
- Panaskan sedikit minyak di dalam periuk / kuali dan tumis bawang sehingga wangi.
- Masukkan air mengikut kesesuaian maggie. (kalau korang guna banyak paket, air pon kenalah banyak yea)
- Masukkan perencah Maggi Kari, sedikit cili flakes, santan, udang, tauhu dan fish cake.
- Tunggu sehingga mendidih. 
- Kemudian masukkan maggie dan sayur kacang panjang dan sedia untuk dihidangkan.
- Tips: Maggi dan kacang panjang jangan di biarkan lama di atas api untuk mengelakkan maggie menjadi terlalu kembang dan sayur kacang panjang menjadi lecur.
- Telur direbus berasingan dan di potong dua.
- Akhir sekali hiaskan Maggi Ala Mee Kari dengan hirisan limau, telur dan cili besar yang telah di potong tadi.





Mudahkan! Tak sampai 10 minit pon nak menyediakan resepi ni. Sebenarnya tak kisah pon korang nak letak apa-apa bahan tambahan lain seperti taugeh, bunga kantan, daun sup etc. Terpulang pada citarasa korang nak menyedapkan lagi rasa Maggi Ala Mee Kari korang tu. Yang penting, semua bahan-bahan tu kita main campak-campak jer kat dalam. Senangkan! Selamat mencuba :)









463. Blogwalking mode activated!




Ohio!

Hari ni saya nak BLOGWALKING sampai lebam!

Bersedialah korang!












Saturday, October 18, 2014

462. Chick Beep! Bakal jadi viral macam Gwiyomi ke idok?



Ohio gozaimasu :)

Minggu ni saya busy sikit, so tak sempat nak update blog. Ni pon curi-curi masa nak update sebab lepas ni nak gerak pegi main bowling jap dengan rakan-rakan sekerja.

(bz bebenor..lols)

Btw, korang pernah dengar or tengok tak video kat bawah ni? Kawai ne! Watashi wa suki desu :)

Korang agak-agak, lagu ni akan jadi pemes macam lagu Gwiyomi tu tak? Mesti ramai nak memparodykan lagu ni kan kan. Tapi nampak mcm susah jer nak buat sebab lagu ni cepat betul sebutan dia. Siapa yang berjaya buat parody lagu ni, kira hebat gilalah! Gambatte kudasai!


Chick Beep Song!






Saya dok tengok ulang-ulang banyak kali sebab rasa comel-gila-benda-alah-ni :)


Okaylah. Saya kena gerak dah ni. 

Ja ne!






Tuesday, October 14, 2014

461. Fainted




Seminggu cuti, 3 KG naik!

Gila.

Seriously!







Monday, October 13, 2014

460. Segmen + Giveaway Sweet Sour by N|A.



Konnichiwa Minna! (Hi semua)

Ogenki desu ka? Watashi wa Genki desu :) 

Ok! Forget about the Japanese thing. (tu jer ayat yang saya tahu). Hari ni mungkin hari rajin saya. Kalau korang perasan, untuk hari ni je dah lebih 2 entry saya update kat blog 'The Rose & Nightingale' ni kan. Bila mood rajin datang, macam ni lah jadinya! :)

Well, hari ni saya nak join 'Segmen + Giveaway Sweet Sour by N|A'(Dah lama nak buat entry ni sebenarnya. Since dari sebelum raya lagi, tapi memandangkan cuti dihabiskan seminggu kat kampung dan line internet pulak kalah siput tutt, makanya tertangguhlah entry ni. 



Nak join, sila klik SINI! Hadiah dia macam best okay :)

Tarikh Tutup: 14 Oct 2014 (esok)




Ini antara syarat2 untuk join Segmen + Giveaway ni:

1- Blogger warganegara Malaysia (YUP!)
2- FOLLOW blog Nadya Shafiqa[Blog ini] dan Alia Ali Ahmad. (DONE!)
3- Buat entry bertajuk: Segmen + Giveaway Sweet Sour by N|A. (DONE!)
4- Copy banner atas dan backlink ke entry ini. (DONE!)
5-Wajib cipta ayat Pantun/Syair/Sajak/Quotes/Lirik lagu or everthing(kreatif) asalkan bertemakanCinta. (DONE! Puisi ni saya tulis dah lama - entry Jan 2009. Puisi ni panjang berjela, harap Nanad terima lah yea)
6- Dah siap? tinggal link entry anda dan comment di entry ini. (DONE!)





HATI SI PERUBAH


yang namanyaMANUSIA ITUsentiasaBERUBAH namun
bilaTIDAK BERUBAHseperti apa YANG DIMAHUKAN OLEH ORANG LAIN...
DIA dianggap MUSUH,
sudah dianggap tidak sebulu...
DIANGGGAP BERPALING TADAH barangkali...

BILA MENGENANGKAN itu sungguh sayu hati ini,
sebegitu mudah KEPERCAYAAN itu LUNTUR DAN hilang...
LENYAP...sama sekali,
hanya kerana satu PERUBAHAN YANG BERLAKU...
PERUBAHAN itu tidak senada, maka si PERUBAH dihukum..
kebaikan yang selama ini BERGUNUNG GANANG runtuh hanya pada satu gegaran...
sungguh TERKILAN,

tiada terucap KATA-KATA,
kelu lidah untuk berbicara...
KERNA SEMUDAH ITU,
ANDAIAN dibuat..
sedangkan YANG BERUBAH ITU mengharapkan KEBAIKAN,
adalah kearah kebaikan UNTUK semua,
MUNGKIN bunyinya begitu sinikal TAPI itu kenyataannya,
dihati si PERUBAH TIADA sekelumit pun perasaan setan,
NAMUN SI TEMAN PERUBAH,
TIADA gemar akan perubahan ITU
yang dipandang bukan KEBAIKAN yang akan berlaku...
LEBIH MEMILIH untuk memandang ke SUATU sudut yang KEBANYAKAN negatif...
SAYANGKAN....

padahal itu kongklusinya sahaja,
hanya menurut pandangannya yang satu, padanya mungkin tiada...
tiada HARUS ADA pandangan lain yang harus diterimanya...
WALHAL dia hanya mengeraskan hatinya,
PANDANGANNYA DISOROTKAN hanya pada suatu arah sahaja,
tiada mahu langsung BERPALING pada arah-arah lain,
pada ARAH-ARAH YANG MUNGKIN MENDATANGKAN makna yang jauh berbeza,
makna yang jauh LEBIH BAIK...

mungkin pada DIA,
dia TIADA mahu tahu ITU SEMUA,
tiada AMBIL TAHU pandangannya yang lain...
bila MAHU BEGITU makanya harusnya BEGITU,

sebenarnya BUKAN BEGITU...
APA YANG berlaku pasti ada KESANNYA...
negatif positif itu TERGANTUNG pada individu,
sekiranya dia mahu POSITIF,
maka...kebanyakannya pasti positif...
kalau sebaliknya,
HARUS sedia maklum...
hari pasti jadi MENDUNG,
hidup PASTI SENTIASA SURAM...

teman,
fikirlah...
MANUSIA ITU TIADA yang SEMPURNA,
pasti PERNAH tersentuh kesalahan...
DAN BILA kesalahan itu tersentuh...
jangan difikir negatif,jangan difikirkan kegagalan...
CUBA berfikir pada sudut positifnya...
KESALAHAN itu bakal mengajar kita UNTUK TIDAK mengulanginya lagi...

haiisshh,
HATI SI PERUBAH kadangkala terguris tanpa sesiapa pun SEDARI,
kerna pada TEMAN PERUBAH itu tiada penting...
pentingnya HANYA PADA PERASAAN mereka...
HATI MEREKA PERLU didulukan...
namun mereka LUPA bagaimana hati TEMAN teman SEKELILING,

si PERUBAH ITU tidak semaksum NABI,
tiada SEMULIA malaikat...
kadangkala tetap ada SEKELUMIT syaitan...
kerana DIANYA hanya MANUSIA BIASA,
makanya SI PERUBAH mahukan perubahan...
menjadi seorang YANG LEBIH BAIK,

tolonglah,
jangan selalu mengkongklusikan segalanya bersendirian...
kerna kongklusinya pasti tersasar...
selagi namanya itu MANUSIA maka selama-lamanya MANUSIA,
TIADA boleh membaca hati ORANG SEKELILING dengan persis,
dengan TEPAT....tiada,

walau apa YANG BERLAKU,
hati SI PERUBAH tetap sama...
masih DAN SENTIASA akan menyayangi teman-temannya..
si PERUBAH cuma berubah kerana itu dirasakannya PERLU,
KETAHUILAH ITU,
satu yang diPINTA,
sentiasalah MENYOROTKAN PANDANGAN pada paksi yang positif...

dan,
kewujudan entri ini jangan DISALAH ERTIKAN,
wujudnya SEKADAR melempiaskan perasaan PEDULI,
BUKAN untuk mencaci...
IANYA terwujud KERNA PERASAAN KASIH yang menggunung...
sekian WASSALAM..










459. Sudah sejauh ini kakiku mengorak langkah





I'm proud of myself! 

(pat on the back!)

From a clueless-young-girl-which-always-lack-of-confident-and-afraid-to-face-the-future-alone, to what I'm today :)

(senyum selebar-lebarnya)

Thanks to all my-precious-previous-entry. They have thought me a lot. I have learned to appreciate more! and not to take people/things for granted.

Kita selalu diajar: Jangan dikenang perkara yang lepas, sebab takut-takut merosak diri. Tapi kadangkala kita perlu juga menoleh kebelakang; bukan untuk memberatkan jiwa dan fikiran, tapi untuk sentiasa menjadi pegangan kita untuk lebih beringat, dan untuk kita mengorak langkah ke hadapan dengan penuh keyakinan.

Membaca entry-entry yang lepas, especially those in 2008 and 2009 (most of the entry yang berendamkan-air-mata) membuatkan saya ketawa. Too naive maybe! 

And I just realize that I have a lot of crush! (Erk! tapi sampai sekarang pon masih single). Crush to remains as a crush! Ohhh Ohhh..By the way, the biggest progress/changes in my-love-life-matter (so far) is.....that I've made a love confession (once) to my crush! and It didn't killed me! Though it's a one-side-love (rejected - and I'm struggling to get over him right now), I still can smile widely and live my life confidently. Couldn't agree more with the below quote: 

"sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya"

Daejoubou Rose-chan! Everything happen for a reason. And there is always a silver lining in every dark cloud. 

Whatever it is, I'm celebrating the past and embracing the future! May Allah ease everything and always guide us! Let's live life to the fullest guys!

Gambarimasu Rose-chan!! Fight-on!

(smile widely)

























458. CPUV untuk Oktober!



Ohio Gozaimasu mina-san (Selamat pagi semua!)

Still ber-mode Jepun. Eh! Bukan sebab dapat pergi bercuti ke Jepun ke apa (Nan-Hado! Hopefully one fine day saya dapat jejak kaki ke sana, In Syaa Allah!). Btw, ni adalah side effect semata-mata dari ber-marathon drama Gokusen 1 and Gokusen 2 (Gokusen 3 and Gokusen Special akan menyusul selepas ini).

Well, hari ni takda vibe monday-blues sebab saya masih bercuti! Dan bertambah-tambah tak-monday-blues bila check Nuffnang, tengok-tengok ada on-going CPUV dari Zurich Insurance!

Domo-Arigato Gozaimasu Nuffnang! Watashi wa Suki desu!






Masuklah banyak-banyak lagi. Fight-on!

Saya mudah terbawak-bawak cerita/watak drama/filem dalam kehidupan (dari dulu sampai sekarang, sikap yang ni tak pernah berubah!..haishhh!)

Well, kita enjoy! (tiru gaya Nora Danish yang comel tu)












457. I'm getting over him






Its easier said than done!

Susah (titik)













Wednesday, October 1, 2014

456. Wordless Wednesday - sama tapi tak serupa




Acuan wajah ayah!


My one and only lil' brotha in the family :)



Gudnite and have a sweet dream semua :)















Saturday, September 20, 2014

455. "I like your dolls" - Annabelle



Annabelle (2014)!

Inilah filem horror yang saya tunggu-tunggu untuk tahun ni! Selepas kejayaan besar Filem The Conjuring dan The Insidious, sekarang tibalah giliran Annabelle pulak untuk menghantui hidup korang. 

Siapa Annabella ni? Ni patung yang muncul awal-awal masa Filem The Conjuring tu, ingat tak? Filem ni diterbitkan oleh penerbit hebat, James Wan bersama-sama dengan Peter Safran dan John R. Leonetti.

Hebat tak hebat, korang kenelah tonton dulu filem ni yea (ceh! macamlah saya pon dah tengokkan. Saya pon tengah tunggu filem ni ditayangkan kat pawagam sebenarnya! Btw, Nuffnang ada bagi free passes untuk primiere screening Filem Annabelle ni.

Macam mana nak dapatkan free passes ni dan jadi orang yang terawal untuk menonton? Kalau korang nak, korang klik link #NNPremiereScreening dan ikuti arahan-arahan kat sana.  





Sinopsis (copy paste from Nuffnang blog's)

"She terrified you in “The Conjuring,” but this is where it all began for Annabelle. Capable of unspeakable evil, the actual doll exists locked up in an occult museum in Connecticut—visited only by a priest who blesses her twice a month.
DSC_0499.dng
John Form has found the perfect gift for his expectant wife, Mia—a beautiful, rare vintage doll in a pure white wedding dress.  But Mia’s delight with Annabelle doesn’t last long.
On one horrific night, their home is invaded by members of a satanic cult, who violently attack the couple.  Spilled blood and terror are not all they leave behind.  The cultists have conjured an entity so malevolent that nothing they did will compare to the sinister conduit to the damned that is now…Annabelle."
ANNABELLE


Bagi saya ni filem wajib tonton untuk saya satu family. Dari kecik memang mak ayah selalu ajak tengok filem-filem seram camni. Kalau dulu, ayah saya akan sewa video tape; pastu tonton satu family, malam-malam sambil letak bantal selimut semua depan TV. Dan waktu tu semua akan duduk/baring rapat-rapat sebab lampu ruang tamu akan ditutup. Baru ada feel katanya. Haha.

Harapnya filem ni sama hebatlah dengan filem The Conjuring tu. Btw, saya ni takdelah berani sangat orangnnya, tapi genre horror ni tetap jadi genre favourite saya (always). If cerita tu tak seram, mesti kecewa tahap muncung empat belas hahaha.

Okaylah, malas nak bebel panjang-panjang dah. Kita tunggu dan lihat je yea. 

Adios! :)









454. Kerana Terpaksa Aku Relakan!



Cerita dah basi, tapi saya nak letak jugak!

Btw, korang kenal tak diorang ni siapa? Kalau dah tengok tajuk kat atas nun, sure la korang kenal kan kan. Hari ni saya nak letak gambar selfie ngan diorang jer dulu.

Ni throwback masa saya pegi event sempena Episode Akhir Drama 'Kerana Terpaksa Aku Relakan' ni. Cerita pasal event tu nanti eh! Lain hari bila saya rasa rajin nak karang ayat panjang-panjang, saya buat entry pasal ni okay :)



Indah Halina and Me!
(Izreen Azminda)


Abang Zen and Me!
(Amar Baharin)


Fahin and Me!
(Syafiq Kyle)



Okaylah saya dah ngantuk *menguap sambil tutup mulut*

Jumpa lagi di lain entry! Sayang korang ketat-ketat

Ja mata kimasu, muah muah muahhhh :)






Friday, September 19, 2014

453. Perjalanan Blog Bersama Nur As!



Hellllloooo!

Haish, nampaknya, malam ni, malam saya rajin nak join segmen-segmen bloger lain. First of all, terasa nak join segmen by CAHAYA ALAM MAYA ni sebab terpandang akan bannernya yang cantik. Seriously terpukau! :)




Cantikkan banner ni? Kalau korang nak join jugak segmen ni, sila lah rajin kan jari anda tu untuk klik banner kat atas nun.

Okayla, thats all from me! Bye and adios :)







452. Segmen: Saya sayang Blog saya!



Hi semua! :)

Saya sayang blog saya! *shout kuat-kuat*

Dan mesti korang pun sayang blog korang kan? Kalau sayang, apakata kita reramai join segmen by AYU INSYIRAH. Senang je kalau korang nak join, hanya klik je kat banner comel di bawah ni okay :)




Hi, saya Cik Bunga! Selamat datang dan selamat berkenalan semua :)

Domo Arigato Gozaimasu and Sayonara!








Tuesday, September 16, 2014

451. Selamat Hari Malaysia



Teringat masa zaman sekolah-sekolah dulu bila masuk pertandingan melukis sempena hari Kemerdekaan! Mesti nak lukis gambar Menara Kuala Lumpur, Bunga Raya dan Bendera Malaysia - itu items wajib. Mesti korang pon macam tu kan kan. Betul tak?:)

photo - taken from google website



Inilah Malaysia Kita!

Rakyat-nya berbilang kaum dan agama!
Hidup bertoleransi memupuk perpaduan di hati!
Minta dijauhi anasir-anasir luar yang sentiasa dengki!

Inilah Malaysia Kita!

Keunikannya terserlah!
Menjadi kebanggaan kita semua untuk bermegah!
Jangan kerana agenda jahat manusia lainnya kita berpecah!

Inilah Malaysia Kita!

Satu tempat yang indah untuk didiami!
This is the beauty of our country!
Jangan biarkan generasi depan hilang hak untuk merasai!

Inilah Malaysia Kita!

Semoga MALAYSIA kita sentiasa di bawah lindungan ILAHI :)




Yang sentiasa Bersyukur!
Saya Anak Malaysia :)


Monday, September 15, 2014

450. How to forget..



Bagi tau aku!
Bagi tau hati aku!

Bagaimana nak lupa,
Kalau hati aku masih mengharap padanya!

Bagaimana nak lupa,
Kalau hari-hari depan mata!

Bagaimana nak lupa,
Kalau hari-hari dilayan baik-baik saja!

Bagi tau aku!
Bagi tau hati aku!

Aku patut lupa,
Sebab dia bilang tak pernah suka!

Aku patut lupa,
Sebab bukan salah dia tapi hati aku punya angkara!

Aku patut lupa,
Sebab jurang kami terlalu banyak bedanya!

Aku patut lupa,
Sebab perbezaan usia yang amat ketara!

Aku patut lupa,
Sebab kami berlainan bangsa dan agama!

Aku patut lupa,
Sebab itu yang sepatutnya!

Tolonglah hati,
Tolonglah lupakan dia!





Sunday, September 14, 2014

449. ALS Ice Bucket Challenge!



Good Morning Lovelies!

Happy Saturday!



Korang pernah dengar pasal #alsicebucketchallenge atau pon orang melayu sebut sebagai #cabaranmandiais tak? Harini saya nak share tentang pengalaman saya sahut cabaran ni. Sebenarnya saya dah buat cabaran ni pada 28 Aug hari tu tapi baru sekarang rajin nak share kat sini (memang dasar pemalas) haha.

Tapi sebelum tu, korang tau tak apa itu ALS? Dan apa kaitannya dengan cabaran mandi ais ni? 

ALS ni singkatan untuk Amyotrophic Lateral Sclerosis. Sejenis penyakit yang melibatkan sistem saraf atau lebih tepat lagi melibatkan sistem motor neuron. (macam doktor lah pulak rasanya guna ayat-ayat jargon macam ni. Btw, ini sebahagian kerja yang saya buat sekarang ni as a Medical Claims Assessor kat AIA shared services)

Simptom-simpton ALS ni pelbagai, antaranya otot-otot tidak dapat befungsi dengan baik (hilang upaya), keupayaan otot-otot merosot dengan cepat dimana ia menyebabkan kesukaran untuk bercakap, menelan makanan/air liur, bernafas dan sebagainya. Jangka hayat mereka yang disahkan mengalami ALS kebiasaanya adalah lebih kurang tiga ke empat tahun. (Wallahu a'lam, kerna ALLAH lebih mengetahui). Untuk pemahaman yang lebih lanjut sila rajinkan tangan korang untuk klik Amyotrophic Lateral Sclerosis ni :)

Pada yang pernah menonton drama bersiri Jepun 'One Litre of Tears' suatu ketika dulu, tentu korang tahu penyakit yang di alami oleh watak heroinnya yang dipegang oleh Erika Sawajiri. Drama ini merupakan adaptasi dari diari yang ditulis oleh seorang gadis Jepun bernama Aya Kito yang menghidap penyakit Atakasia Spinoserebelar (penyakit ni lebih-kurang sama dengan ALS kerana ia juga melibatkan neurodegenarative disorder - simptom yang di alami hampir sama). Beliau bermula menulis diari apabila disarankan oleh doktornya dan terus menulis sehingga beliau tidak mampu lagi memegang pen. 



Tentu korang tertanya-tanya apa kaitannya ALS ni dengan #icebucketchallange ni kan? Tujuan untuk cabaran ni tidak dinyatakan dengan jelas. Kempen ini dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada orang-ramai tentang penyakit ni dan mengutip derma bagi tujuan penyelidikan ALS. Tapi saya percaya, dengan melakukan Ice bucket challenge ni, sedikit-sebanyak kita dapat mendalami jiwa pesakit-pesakit ALS. Kita akan merasai simptoms-simptoms yang mereka alami seperti, numbness, brain freezing, tingling sensation etc.

Sehubungan dengan itu, department saya (Singapore Corporate Solution Claims) mengambil inisiatif untuk memulakan cabaran ini, And now..sampailah turn saya untuk sahut cabaran mandi aissssss ni :)




Lepas dah buat, jangan pulak tak donate ye kengkawan! Sebab nilah tujuan ALS yang sebenar-benarnya. Untuk menderma, sila klik ALS Donation

Ok, selamat mandi ais dan beramal ye semua...bye! 









448. #Kotex1minSelfV by Kotex!



Hai semua!




Hari ni saya nak share dengan semua orang kat sini tentang #Kotex1minselfV. Ala, mesti korang pernah dengarkan contest ni.. (uhuk! harap-harap ada-lah orang-orang yang singgah kat sini dan dengar apa yang aku tengah membebel ni)

Ceritanya macam gini, #Kotex1minselfV ni adalah contest yang diorganize oleh Kotex. Jangan pulak korang tak tahu, hadiah yang disediakan tersangatlah lumayan hokay! Tak caya, cuba tengok kat bawah ni..terbeliak bijik mata tak?! hehe

Jom cepat sertai untuk menangi hadiah-hadiah ini!


Macam mana nak sertai contest ni?! Mudah aje. Korang hanya perlu muatnaik gambar selfV korang dan ikuti 3 langkah-langkah mudah macam yang kat bawah ni. 

1. Klik link (https://www.kotexselfv.kotex.com.my/) dan muatnaik gambar selfV korang :)




2. Log in Facebook




3. Pilih gambar SelfV terbaik korang, Muatnaik gambar tersebut, Isi e-form dan Hantar!






Untuk info lanjut, sila layari laman web kotex (http://www.kotexselfv.kotex.com.my) atau klik sahaja DI SINI!

Ternyata terbukti keberkesanannya :)











Thursday, September 11, 2014

My baby Mika


In memory!

Allah hanya pinjamkan dia sebentar untuk temani aku..lapan bulan yang penuh makna. Mommy miss you so much Mika!

Wednesday, September 3, 2014

Love hurts isn't it?



entah!
tak rasa apa-apa pon...
I think i'm okay

but!
why i feel like something is missing...
deep down inside my heart

Aneh!
satu perasaan yang sukar untuk dimengerti...
sukar untuk ditafsirkan

heartbreak?
tapi orang lain punya heartbreak menangis bagai nak rak..
jerit sana-sini, merayu minta dikasihi, paling-paling ugut nak bunuh diri (minta simpang)

Aku!
i dont feel like crying, or shouting..
or hurting myself or anything else

Just!
I just feel like not doing anything...
Am i miserable?

statik!
masa seolah lambat berlalu...
Am i miserable?

I think!
this song suit me well...
my feeling is just like the melody itself..

Again!
Am i miserable?
which is I'm hoping that I'm not..










Monday, September 1, 2014

When U think HE's the ONE for you...



BUT he's NOT!
 
and I believe, ALLAH knows the best :)
 
 
Baru-baru ni, saya telah membuat sesi 'luahan hati' pada seseorang. Yup, confession of love! Benda yang kedengaran agak mustahil pada mereka-mereka yang mengenali diri saya.
 
Sifat pemalu saya yang sangat extreme, sering menjadi batu penghalang. Dan kerana itu, saya lebih memilih untuk memendamkan sahaja perasan dari membiarkan orang yang saya 'cinta rahsia' itu tahu. For me, saya boleh mati kalau mereka dapat tahu tentang itu (secara harfiah-nya)..such a coward!

Dan inilah pegangan saya selama ini, selama 30 tahun saya diberi nafas untuk hidup...Dan selama itu jugalah, satu-persatu mereka yang berjaya mencuri hati saya secara diam-diam...pergi dari hidup saya. Tanpa sempat saya tahu apa isi hati mereka. Mungkin suka! Mungkin juga tidak!
 
Namun akhirnya, saya lepaskan pegangan ini buat pertama kalinya. Untuk dia! Ya, untuk dia. Entah, apa yang merasuk diri saya sehinggakan saya punya keberanian seperti itu. Walau saya tahu jurang kami terlalu banyak dan terlalu besar untuk dihitung-kira, tapi...saya tetap teruskan niat. Instinc yang terlalu kuat! Saya sudah muak untuk menyesal tanpa usaha. Sekurang-kurangnya, saya akan mendapat  jawapan yang pasti kepada setiap persoalan hati ini.

Yes! I did it!

Unbelievable!..but I did it!

Saya sendiri pun seolah-olah tak percaya dengan semua ni! Well, the answer is 'NO'..something that I've expected! But I've prepared myself for this...its taking me months to prepared myself for the 'NO'. Btw, he's such a gentlemen. The answer he gave me and the way he make me feel after the rejection is such a good thing. And we both act like nothing happen between us..just like before the confession. I feel so relieve!

Lega! Tapi tipulah kalau saya cakap saya lansung tak rasa kecewa kan...but I take it positively!



it takes a minute to have
a crush on someone,
an hour to like someone,
and a day to love someone,
but it takes a lifetime to
forget someone.





 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...