Friday, October 31, 2008
::stress ditahap terkawal::
::the person that I MISS II::
::kecamukan hati::
Thursday, October 30, 2008
::the person that I MISS::
Tuesday, October 28, 2008
::surat untuk aku III::
Arggghhh!!! tanda-tanda mengalami pembekuan otak dah menyerlah, tanda-tanda gangguan jiwa juga dah mula ketara, huhuhu...Sabar-sabar, itu perkara biasa bila exam melanda.....
yang benar...aku
::peristiwa tengahari::
::aku dan stress::
Sunday, October 26, 2008
::jalan-jalan::
*update : DONE! craving for sushi dah tercapai...my kakak belanja. Walaupun ianya hanyalah sushi dari Giant...for me, its ok!
me and myself~rose~
::mimpi semalam::
smalam,
susah mahu tidur...tapi setelah pusing sana sini, akhirnya aku terlelap juga.
walaupun tidur sngat lewat, aku masih sempat bermimpi...
mimpi aku,
aku melewati kawasan-kawasan sewaktu aku kecil...
lebih kurang 17 tahun yang lalu...sangat lamakan
aku seolah-olah kembali ke masa itu,
aku mampu mengingati hampir keseluruhan kawasan-kawasan itu...
bezanya cuma, aku disitu berumur 24 tahun dan bukannya 7 tahun...
aku masih ingat,
sekolah aku semasa darjah satu,
waktu rehat aku...
dihabiskan dibelakang sekolah, panjat bukit sebab nak beli ais krim malaysia kat rumah berhampiran belakang sekolah... rumah kawan kelas aku, Faizal Ismail. Ape ntah dia buat skarang ni?
Kami tunggu disebalik pagar, emak Faizal, kadang-kadang adik dia Faizah akan hantarkan ais krim pada kami.
ramai kawan-kawan aku panjat, berebut-rebut...takut tak dapat beli,
kadang-kadang, sempat mintak beli keropok atau gula-gula di kedai atuk Linda kat sebelah, [kawan baik aku sekolah rendah]...kedai tu kat belakang sekolah jugak...
Selepas itu, aku melewati kawasan luar sekolah yang ada deretan kedai runcit cina..
aku paling ingat kedai Kim Pao [color biru] dan kedai Chi Chai [color hijau]...aku lebih suka ke kedai Chi Chai sebab dia layan aku baik. Dia kenal datuk aku dan selalu panggil aku cucu chad [datuk aku nama Arshad] aku masuk kedai-kedai tu tapi perasaannya dah tak sama...aku cari Chi Chai tapi dia tak ada, mana dia?
Aku meneruskan perjalanan,
aku melalui lorong kecil ke rumah toksu mengaji...lorong dimana aku selalu berlumba-lumba dengan kawan aku untuk tentukan siapa yang akan mengaji dulu...penat tapi seronok. Mengaji awal, dapat balik awal...
tapi kawasan tu pun dah tak sama macam dulu,
nampak suram dan agak tidak terurus, kenapa?...dulu meriah dengan bunyi suara-suara kanak-kanak mengaji...
aku sedih...
kenapa aku dah tak merasai perasaan yang dulu tu,
perasaannya langsung tiada...mana perasaan yang dulu tu pergi?
mungkin kerana aku sudah meninggalkan kawasan itu hampir 17 tahun yang lalu...
kini, aku bukan kanak-kanak 7 tahun lagi,
tapi...gadis yang berusia 24 tahun....
mimpi aku meyedarkan aku bahawa aku sudah besar,
bukan kanak-kanak yang masih boleh merengek mahukan itu ini...
aku sudah besar...dan bermakna tanggungjawab aku juga semakin besar...
mungkinkah itu makna yang cuba disampaikan oleh mimpiku semalam?
Mungkin.....
::surat untuk aku II::
kehadapan aku,
Saturday, October 25, 2008
::ketawa atau tangisan::
laughter is the best medicine? Benarkah?
Mungkin...
ketawa mampu menghilangkan kesedihan?
banarkah?
barangkali benar...
*fikir*
tapi mengapa orang seperti aku,
tetap memilih tangisan?
ketawa ternyata hilangkan masalah,
namun pada orang yang macam aku ini,
tawa hanya seketika cuma...
mungkin tangisan buat aku lebih puas...
24 tahun aku menyelesaikannya dengan tangisan,
berselang-selikan tawa...
mungkin sudah terbiasa barangkali...
*diam*
masalah?
mungkin tidak sebesar mana,
tidak dapat dibandingi teman-teman...tapi,
besar bagi aku kerana ia adalah masalah aku...
bukan masalah teman-teman...
aku mahu menangis sepuasnya...
biar hilang seluruh jiwa aku,
biar hancur lebur diri aku,
biar lenyap kedukaan aku,
kalau itu yang mampu memulangkan kegembiraan aku...
menangislah sepuasnya wahai jiwa,
tangisku bukan pada sesiapa,
aku lebih suka menangis sendiri dari dilihat teman-teman...
biar mereka tidak tahu hujung pangkalnya,
lebih baik begitu...
tangisan akan buat aku nampak lemah,
sangat lemah,
tapi itu yang aku perlukan...
*diam*
tangisan cara aku meluahkan emosi,
bukan pada teman-teman,
tapi pada alam sekeliling aku,
pada angin,
pada tasik,
pada pokok,
pada burung,
pada apa jua selain manusia...
mereka lebih memahami walaupun tiada bicara..
mereka setia mendengar tanpa sepatah kata,
hanya mendengar tanpa segala kritikan...
mereka tiada memandang hina pada aku,
bila berhamburan air mata,
itu yang aku perlukan..
*menangislah sepuasnya wahai jiwa*
::ketiduran itu nyaman::
Dikala ini,
ketiduran adalah lebih baik...
dikala minda sarat masalah,
ketiduran adalah satu nikmat...
walaupun bangun nanti pasti semuanya kembali,
tapi ketiduran itu satu keasyikan...
Masalah?
Hilang bila ketiduran...
kita lenyap dari alam nyata bila ketiduran,
jadi aku mau ketiduran itu...
biar hilang kekusutan walau seketika...
Saat ini,
memang aku dambakan ketiduran,
bukan sahaja kerana hari sudah lewat malam,
tapi juga kerana aku mau lari dari kenyataan..
buat seketika ini,
biarlah aku ketiduran..biarkan,
aku mahu lenyap dari segalanya...
lenyap...
Friday, October 24, 2008
::surat untuk aku::
Tuesday, October 21, 2008
::cinta::
Monday, October 20, 2008
::hidup aku::
Smalam,
seharian tiada dirumah,
open house sana sini...pakai baju kurung raya...
pergi rumah nu'ui,
ada laksa johor dan popiah kegemaran...
sedap!
rumah karen dapat duit raya...
malu tapi mahu,
akhir...kenyang macam ular sawa
kemudian,
buat suprise sama kak eida di Secret Recipe, Alamanda...
tapi,
belated birthday,
dia terharu sampai mengalir air mata...
dulu,
advance birthday kena tepung sama whipe cream
terkejut juga...
on her birthday hanya sempat call,
'wish ucapan dan nyanyi lagu'
masing-masing tengah bz...
penat celebrate birthday,
tidur rumah kak eida dan nu'ui...
layan movie 'ironman' tp separuh jalan aje,
ngantuk!
Tadi pagi,
konon nak berbasikal di Bukit Cerakah,
tapi cuaca tak mengizinkan,
kejap panas,
kejap mendung,
jadi keputusan,
tengok movie di astro pagi sampai petang,
tengok drama 'cahaya lailatulqadar' sama kak eida, kelly...
sedih!
jiwa tersentuh!
teringat family di kampung
terus msg...
sihat-sihat aja...
lega!
petang,
pergi makan di TGI Friday, Subang Parade...
kenyang!
dan pergi summit,
terbeli beg tapi suka...
jalan sampai malam,
balik Summit,
ambil nona dan ina di Baiduri..
terus pergi lepak...minum-minum di Rafi...
sembang sekejap,
penat dan ngantuk...
jadi terus pulang...
baju kurung raya...idakler secantik mana pun [liplap liplap jer lebey]
karen yang ayu masa kat umah nu'ui...sampai umah dia da tak ayu dah,[nampak mcm mak mertua org pun ade-kata kak eida,ehehe]
nona ayu, dah nampak macam mak dia dah...kelly plak asyik kata baju dia beso, ye ke?
::umah nu'ui [cheras]::
sempat posing...ku dah macam tenggelam dengan color dinding umah nu'ui tu kan...
::umah karen [putrajaya]::
dapat duit raya kat umah karen...mak dia bagi [mekasih makcik Salmah..]
::tengok wayang-max payne [alamanda]::
happy besday dear....tau dah lambat 5 hari,huhuhu
senyum jer...tp dalam hati rase nak nangiskan, terharu sangat yea kak eida [tu yang nanges dalam keta tu kan]
sayang kamu sangat-sangat :D ..[thanks for being part of us]
air ni sangat sedap [green apple kasturi]...setiap kali pergi secret recipe mesti sy order [tak percaya cuba try test sendiri...sedap!]
::TGI Friday [subang parade]
[19 oct 2008]
nu'ui yang lapar...lunch kat TGI Friday walaupun hari tu bukan hari jumaat tapi hari ahad...
happy terlebih...sejuknye, terasa macam lunch kat oversea plak,hahaha
::advance birthday kak eida [kaw. parking kereta kedai kopi, shah alam]::
[10 0ct 2008]
advance besday...suprise [ 3 hari lebih awal sbb rase time ni aje yang sesuai...masing2 akn bz especially on her besday]
apa salahku...orang punye besday pun aku kena sama, ini tidak adil!..ini boleh mendatangkan kemarahan
who next...watch out!!!
*update - DONE craving for blueberry cake dah tercapai [makan time kat secret recipe alamanda...yumyum]
Friday, October 17, 2008
::pasrahku::
::kenapa dan kenapa::
Thursday, October 16, 2008
::beruk::
nak gelak ke...
nak nangis ni...
terkejut gila pun ada...
beruk masuk umah wei,
pastu curi kuih raya kat dapur...
makan sepah-sepah,
dah tu tak pandai pulak nak kemas balik,
tau la mood raya belum habes lagi,
tapi anda tak dijemput pun...haisshhh
habes gamat rumah aku sekejap,
sebab anda datang tak beri salam,
masuk pulak bukan melalui pintu,
tapi melalui celah grill tingkap...
itu namanya kurang ajar,
nampak sangat anda datang tanpa undangan...haiiisshh
aku yang tengah tidur nyenyak ni pun boleh terjaga,
gara-gara anda menakutkan roomate-roomate aku...nak kena nih,
otak aku terperanjat sekejap...tiba-tiba terus aku jadi tenang gila,
padahal roomate-roomate aku tengah lari menyelamatkan diri,
aku pulak terbangang-bangang kat tengah-tengah rumah
bukan apa,
aku calm sebab rasa kepala berdenyut-denyut,
gara-gara anda membuat suprise..
anda memang nak kena...haiiissshh
Lieza di temani nona,
cuba nak takutkan anda dengan teddy bear dia,
tapi anda buat muka sengal,
haiissh, beruk sekarang memang dah advance eh,
dah boleh buat filem beruk vs teddy bear ni,
diorang cuba nak tutup tingkap dapur tapi kejap-kejap anda menjengok,
terus lintang pukang diorang lari,
takut anda main kejar-kejar macam cerita hindustan...
karen, lari masuk bilik tak nak keluar...
pastu jerit-jerit suruh orang lain tutup tingkap dapur,
lagi suka la engkau yea beruk,
dia cuba nak taip msg kat encik majid dengan terketar-ketar,
ketua keselamatan baiduri,
tapi takut punya pasal, terus lupa nak send,
semua lari bertempiaran lepas nampak anda...haiiisshh
nana dan lily pulak,
berpeluh jantan bila anda main acah-acah nak masuk ke tak,
sampaikan kelly ambil keputusan nyorok kat sliding door jer,
dia tak tahu anda boleh jer muncul dari belakang kan,
anda memang nak kena...
Haiiisshh, nampaknya macam tak ada penyelesaian,
roomate-roomate aku still jugak lari sambil jerit-jerit...
tak berjaya nampaknya diorang nak tutup tingkap dapur tuh,
last-last aku yang masih terbangang-bangang ni,
perlahan-lahan pergi ke dapur,
dan zassss tarik tingkap tu cepat-cepat,
pastu dengan pantas aku belah dari kawasan kejadian,
bimbang nanti tiba-tiba anda ajak main cak-cak pulak dengan aku...
lepas semuanye selamat,
status kat ym mulalah berkisarkan anda,
sukalah anda kan...
aku,
[beruk sengaja jer kejutkan aku dari tido...sentap,huhuhu]
nona,
[berpeluh aku layan beruk makan kuih raya umah kita...huhuhuhu..beruk masuk umah kita wei!!]
karen,
[beruk beruk sbb ko, kecoh satu rumah aku!!]
kelly,
[rumah kena serangan beruk..habis kuih raya dia curi...beruk durjana!!]
wan, raje nana, zahid and beberapa orang yang tak ada kena mengena ni pun,
sibuk berstatuskan anda...haiishhh galmor anda sekejap,
nasib baik aku tiada facebook,
kalu tidak mesti aku dah join lieza, lily, nana,
dan yang lain berperang status...berkisarkan anda,
panjang jugakla, perperangan tu berlaku di facebook...
akhirnya semua kepenatan sbb penat menjerit and berlari,
kesian aku dan roomate-roomate aku,
semua nih gara-gara anda datang beraya...
lain kali jangan buat macam ni lagi yea encik beruk!
*anda refer khas kepada beruk*
Wednesday, October 15, 2008
::tiba-tiba::
Haaiiisssh,
kenapa perasaan ini,
kenapa macam ni,
kenapa begini,
kenapa boleh mendominasi minda secara tiba-tiba ni...
Haiiissshh,
kenapa aku boleh tiba-tiba fikir nak kawen ni?
Kenapa? Kenapa?
Dah tua sangatkah aku sampai boleh fikir sampai ke tahap ni?
rasanya belum cukup tua lagi,
baru menginjak ke angka 24, tahun ni...
Haaiiisshhh,
kenapa?
Mungkin sebab ramai kawan kawan aku yang dah kawen,
tengok gambar tunang,
gambar nikah,
gambar sanding,
nampak bahagia sangat,
seronokkan bila ada orang ambil berat pasal kita, barangkali,
padahal kenyataannya kawen tu bukanlah benda mudah,
banyak tanggungjawab nak kena pikul...
Haaiiisshh,
tapi, aku mau selalu orang ambil berat pasal aku,
tengok kawan kawan semua,
aku jadi cemburu,
Macam aku ni,
entah bila la mau rasai perasaan macm tu,
tiada siapa pun yang nak ambil tahu....
Haaaiiisshh,
gilakah aku ni,
kenapa?
kenapa gedik sangat mau kawen nih?
kenapa kedengaran terdesak ni?
Hai la perasaan,
hilang lah cepat,
jangan asyik menerobos hati aku ni....
Haaiiisshh,
aku masih muda,
buat apa nak fikir semua ni,
tolonglah wahai perasaan,
lenyaplah dari minda,
kenapa?
kenapa?
mood mau kawen ni, mengganggu jiwa,
harap hari esok,
ianya dah pergi jauh,
jauh, tinggalkan minda aku...
::melankoli jiwa::
::DIA::
although less than 5 years we know her [almost 2 years], dia yang membuatkan hubungan kita lebih kuat dan akrab She teach us about life, she support us to taste the life, she change me a lot...she is our dearest sister ever[photo: kak eida and me][I love kak eida so much~love u so much]
sudah menghampiri lima tahun hubungan kita kan...
sedarkah kalian? Sudah selama itu kita mengenali...
apakah tempoh itu cukup untuk menyelami diri masing-masing...
tahukah kalian aku ini bagaimana?
jahatkah aku?
baikah aku?
bodohkah aku?
naifkah aku?
gilakah aku?
pahamkah aku?
dan tahukah aku bagaimana kalian pula?
adakah aku membosankan kalian?
adakah aku menyakiti kalian?
adakah aku mengembirakan kalian?
jawapannya barangkali ya atau barangkali tidak...
tergantung pada diri masing-masing
mungkin dulu kita tidak terfikir kita akan sejauh ini,
takdir yang menemukan kita semua...
namun, adakah takdir akan terus menemukan kita selamanya...
*fikir*
dalam tempoh itu,
macam-macam yang kita lalui, bittersweet
mungkin itu yang menguatkan kita, barangkali...
dan hanya kita sahaja yang tahu...
bukan orang lain, bukan orang disekeliling kita, hanya KITA...
ingatkah kalian...
macam-macam yang kita tempuh dalam tempoh itu,
kita tertawa,
kita terasa,
kita berduka,
kita berendam air mata,
kita bermasam muka,
namun,
akhirnya kita bertaut semula...
mungkin kita tidak sanggup mengabaikan hubungan yang terbina,
yang kita rasakan amat berharga, walaupun pada orang lain...
*mengeluh*
kalian,
adakah kita akan terus berkekalan dulu kini dan selamanya...
atau masing-masing akan membawa haluan sendiri...
tanpa menoleh kepada sesiapa lagi...
jika difikirkan,
amat menggerunkan minda,
mengerikan jiwa,
mendukakan hati,
namun jika itu takdirnya,
kita hanya mampu berserah...
*menahan sebak*
kalian,
adakah kita akan seperti ini, dimasa akan datang?
atau semuanya akan berubah...
adakah sekelip mata hubungan ini akan lesap dibawa angin?
mahukah kalian ini yang terjadi?
tergantung pada kalian...
kalian,
adakah kita semua akan bernasib baik di masa akan datang?
atau adakah antara kita yang akan berduka dengan takdir hidup sendiri...
kadangkala takdir sengaja memainkan kita,
namun kita tidak boleh menyalahkan takdir,
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk kita...
kalian,
takutkan untuk memikirkan masa depan kita,
entah apa akan kita tempuhi nanti..
dunia ini memang mengerikan...
seribu satu persoalan sukar dijawab kini...
tp satu persatu akan terjawab di masa akan datang...
takut untuk menantinya...
apakah akan jadi pada nasib aku?
dimanakah aku pada waktu ini dimasa akan datang?
*fikir+ sedih*
*inspirasi ~sex and the city*
::perasaan ini::
Tuesday, October 14, 2008
::worried::
Smalam...
kakak bgtau ayah batuk teruk
owh, teruk sngatkah.....tanyaku gusar
Dah tiga hari...asyik batuk-batuk
batuk keluar darah, banyak...balas kakak
Huh! darahku berderau...
*bimbang*
ayah pergi klinik?...aku diserang bimbang
Dah! doktor suruh hantar sample batuk tiap-tiap hari
mau kesan penyakit katanya
*bimbang + hairan*
langsung ayah tidak memberi kabaran pada aku...hanya pada kakak
kata kakak ayah tak mahu dirinya dibimbangi....
cuma doakan dia sihat sudah mencukupi
Baik, aku sentiasa mendoakanmu AYAH
*aku sayang ayah*
Sunday, October 12, 2008
.::I miss someone::.
.::craving for::.
~lamb chop~
~blueberry cakes~
~sushi~
Friday, October 10, 2008
.::roses everyday::.
Thursday, October 9, 2008
++head++
....makhluk yang diberi nama manusia....
kenapa manusia selalu hilang pedoman bila ditimpa musibah...?