Pages

Sunday, October 26, 2008

::surat untuk aku II::




kehadapan aku,


aku mahu lenyap... bukan lenyap dari bumi tuhan, kerna itu salah disisi agama. Tiada cium bau syurga aku nanti. Aku tetap mahu ke syurga walaupun tidak sebaik mana. Lenyapku beerti, tiada pada sesiapa. Aku mahu lenyap dari meyusahkan hidup kalian-kalian yang hadir dalam hidup aku. Terima kasih, kerna sudi mewarnai hidup aku...hidup gadis ini!


betulkah tindakan yang bakal aku ambil ini, aku mahu tinggalkan semua kenangan, mahu mengejar masa depan yang belum pasti..kuatkah aku? mampukah aku memadam memori, menggantikannya dengan yang baru? mereka-mereka bisik pada aku, kalau mahu mulakan kehidupan baru, kena kosongkan jiwa...sekadar bertukar persekitaran, tapi jiwa masih membawa yang lama, baik lupakan saja niat itu...


fikirku...ada yang berkata, itu pengalaman mematangkan diri. Buat apa dibuang, simpan sebagai ikhtibar. tapi kalau masih dibelenggu yang dulu, bagaimana hidup aku nanti? bersalah sepanjang hayat kerana memiliki hati sejahat ini. Siang malam sama sahaja nanti. Aku perlu berubah! Berubah menjadi insan yang lebih baik...yang tiada sekelumitpun perasaan jahat dihati pada mereka-mereka yang baik padaku....untuk sampai ke situ mungkin kedengaran agak mustahil, kerna manusia itu tiada yang sempurna..tapi aku akan cuba...


adakah tindakan aku ini betul? kadang-kadang bunyinya macam cuba lari dari masalah...sejauh mana pun berlari, pasti dikejarnya juga...tapi mungkin itu yang terbaik, lupakan semuanya...lenyapkan semuanya. Seksa tapi perlu... Perlukah aku ucap selamat tinggal pada mereka-mereka, kalian sangat baik...cuma aku yang kurang pandai menghargainya...


Selamat tinggal! Selamat tinggal semuanya! Mungkin....




me and myself~rose~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...