Pages

Thursday, October 30, 2008

::the person that I MISS::



~Wan Norzira Mohamed Abdul Rashid~

kak ira,
kangen banget mo ketemu sama dia...
rindu dia sangat-sangat...
dah hampir6 tahun terpisah tanpa khabar,
sedih ; (
rindu...

tiada photo untuk tatapan,
tiada nombor telefon untuk dihubungi,
tiada alamat untuk dijejaki,
semuanya hanya tersimpan sebagai memori...
kak ira kat mana?

aku rindu sngat sama kamu,
rindu yang teramat...
kak, dimanakah kamu?
sudah kawenkah kamu?
aku tahu kamu masih berpijak dibumi yang sama dengan aku cuma...
Malaysia ini terlalu besar buatku mencari kamu...
kak ira, rinduuuu....

orang kata bila kita rindu seseorang,
bermakna dia pun turut merindui kita...
adakah kak ira juga rindukan aku?

aku kenal kak ira masa kerja kat Sungai Petani dulu, kerja kilang jer [matsushita electronic motor sdn. bhd.]...dah lama,masa tu aku baru tamat tingkatan lima...jauhkan aku merantau, dari taiping ke sungai petani. Mungkin membawa diri setelah tiada satu pun panggilan dari 'u' menjengah...

And time tu baru belajar berjauhan dari family [tak pernah berjauhan dengan family and maybe a lil bit terkongkong sikit...dengan siapa berkawan pun mak aku akan awasi. katanya tak mahu dipengaruhi rakan-rakan. Mak, anakmu ini tidaklah sebaik manapun, no body perfect mak...bayangkan, kalau dikampung, nak bertandang ke rumah kawan-kawan sekampungpun mak aku susah nak izinkan...dia lebih suka aku duduk diam-diam dalam rumah..See, mana anaknya tak jadi pelik semacam...malu and tak pandai nak bergaul sangat..mak, mak..]... Haaiisshh dah melalut jauh pulak...

Berbalik kepada kak ira, sebenarnya, aku mengenali kakak dia, Junainah terlebih dahulu tapi bila bertemu sahaja dengan kak ira, kami jadi ngam...aku jumpa dia, sangat kelakar and tersangatlah baik [baik disini bukan bermakna sebaik ustazah, bertudung litup dan bersopan santun] She is an ordinary girl yang menyenangkan. Dia peramah, semua orang kenal dia. Bila waktu rehat jer, kami jarang pergi makan kat canteen macam orang lain, just beli roti rm0.50 kat koperasi pastu makan kat locker dengan dua lagi member aku [mardiyana~orang kata kami seiras~ dan amy, dua2 muda setahun dari aku]...aku rindu juga sama mereka berdua ni,huhuhu...

and diorang-diorang ni yang mula panggil aku ~mawar~, puas jugak dok pujuk suruh panggil aku rose tapi dia orang ni degil, so sampai sudah orang2 sana kenal aku dengan panggilan mawar...geli tapi nak buat macam mana, dah nasib...walaupun tiap-tiap hari jumpa, masih banyak benda nak dibualkan... kami banyak berkongsi cerita, kehidupan dan angan-angan...

She is the one yang mengajar aku mengenali orang-orang disekeliling aku...sebab selama ini aku mengangap dunia ini sngat indah, peaceful and tiada orang-orang yang kejam...dia banyak mengajar aku, reality kehidupan sebenar...kak ira ni kurus tinggi orangnya, berkulit sawo matang macam aku, hobi dia agak kelakar, suka gigit orang...ramai orang dah kena gigit dengan dia termasuklah kakak aku [kakak aku kerja kat situ jugak sebelum kami sama-sama masuk 'u']...memang berbekaslah kalau dia gigit, geram katanya...

OMG, I really miss her so much...kak ira, kat mana? Org rindu sangat kat akak...mungkinkah kita takkan pernah ketemu lagi? Tolong, aku mahu ketemu dia :( ...walaupun hanya di dalam mimpi, akanku peluknya sepuas hati, biar hilang rindu yang sarat di hati ni...



*pada siapa2 yang mengenali dia [aku tahu kedengaran agak mustahil]...bawalah aku ketemu dia coz I miss her so much...no word can describe! I miss her very badly...*
*alamat terakhir*
B76 Taman Sri Aman,
Carok Nau,
09100, Baling Kedah





me and myself~rose~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...