Pages

Friday, October 24, 2008

::surat untuk aku::





Kehadapan aku,


Sihat? Entah...susah mahu mengerti. Hidup? Entah...kerana sukar untuk dimengertikan..Salahkah aku begini? Salahkah aku begitu? Begitu dan begini tetap perasaan aku..mungkin kau terlalu hipokrit wahai aku... Aku! mungkin kau mudah terpengaruh dengan dunia yang penuh dengan hipokrasi ini. Sudahnya, kau sudah hanyut jauh. Kalau pandai berenang kembali tak apa, ini tidak...Sempat lagikah untuk kau belajar berenang ni, wahai aku?


Aku,
jangan salahkan orang lain....belajar salahkan diri sendiri dulu. Mungkin pada mereka engkau itu tiada apa. Tapi kenapa mereka fikir kau begitu? Atau kau itu sendiri yang terlampau negatif fikirannya. Tanya diri kau, wahai aku...mungkin suatu hari kau akan temui jawapannya. Mungkin semuanya berpunca dari kau, tanpa kau sedari. Kau terlalu menyusahkan hidup mereka-mereka. Terlalu banyak harapan dan expectation sampai mereka mereka sudah naik jelak...Semua itu salah kau, bukan mereka-mereka...


Aku,
Kenapa kau rasa senang untuk pendam sahaja perasaan kau. kenapa bagi orang lain tidak..I just keep it to myself..why dont you? Namun, tanya diri kau...salahkah tindakan kau meluahkan. Pada kau mungkin senang menjadi hipokrit tapi sampai bila? Sampai hancur luluh hati kau, sampai sesak nafas kau menyimpannya atau sampai mati, mungkin....Namun aku, kau perlu ingat...kau hanya manusia biasa, lambat laun semuanya tak akan tersimpan selamanya....bila ia meledak semuanya dah tak guna. Dan kau, wahai aku...perlu menanggung akibatnya...


Aku,
kau mahu apa? Just hate me please....that's all I want...itukah yang kau mahu wahai aku. Mungkin! Mungkin dengan begitu, senang untuk kau membenci lalu melupakan kenangan. Dibenci mereka mereka mungkin menyakitkan dan memudaratkan lagi jiwa engkau, tapi itulah yang terbaik. Bukan mudah untuk membenci kenangan. manusia perlukan sesaat untuk mengenali, tetapi seumur hidup untuk melupakanya. Kalaulah kau bisa tekankan sahaja ctrl+alt+del untuk folder kenangan, pasti mudah kerja kau kan, wahai aku...delete folder-folder yang menyemakkan, biarkan hanya folder-folder yang menggembirakan.


Aku,
bagaimana hati kau? Sangat terguris..sangat sangat terguris. Itu salah kau, wahai aku. Mudah sangat terguris. Kau yang membiarkan hati kau terguris, itu pilihan kau..So, padanlah muka kau, wahai aku. kau kena ingat, hati manusia umpama kaca, sekali terhempas, retak..namun boleh ditampal semula walaupun kesannya tetap ada. Kalau kedua kalinya terhempas, mungkin susah diselamatkan..barangkali kaca itu sudah hancur berkecai, susah mahu mengagak mana kedudukan asalnya...kau leka membiarkan kaca itu jatuh untuk kali keduanya...nah, rasakanlah wahai aku!


Aku,
sekarang...terserlahlah keburukan kau yang satu nih! Hipokrit! Mulai sekarang, lebih baik jangan jadi hipokrit. Tengok! Kesannya sangat buruk. Pasti mereka-mereka tidak sangka betapa buruknya sikap kau. Bukankah kau ni pemalu? Bukankah kau ni, sangat baik? Bukankah kau ni senang mendengar arahan? Bukankah kau ni selalu berkata, ikut suka hatilah...ikut aje? Nampaknya kau bukan begitu. Kau baik diluar, di dalam jahat macam syaitan barangkali...Jahat sungguh kau ni rupanya, wahai aku! Mereka-mereka baik pada kau, kenapa kau begini pada mereka. Keputusan ditangan engkau, mahu jadi sebaik malaikat, atau sejahat iblis...


Aku,
sebenarnya kau tak tahu apa yang kau mahu...sebenarnya kau mahu jadi sebaik malaikat kan tapi kita manusia, tidak bersifat maksum seperti nabi. Manusia seringkali melakukan kesilapan, akhirnya menyesali...itu namanya lumrah dan fitrah manusia... tapi. kau mahu berubahkan...cubalah berubah walau tiada satu keyakinan pun akan dilontarkan pada kau..yesss! wahai aku, kau mahu berubah, aku tahu itu...Mungkin kau patut lenyap dari hidup mereka-mereka. Sekiranya itu yang terbaik untuk semua, aku tahu kau akan lakukannya...Lenyap dan terus lenyap!

"is not that easy to let sumone go but to NOT let them go for the sake of their happiness kill me more"


Aku,
kau mahu katakan pada mereka - mereka sesuatukan...kenapa perasaan kau jadi begitu. kenapa engkau bertukar dari gadis ini kepada gadis yang itu kan...

"people are not afraid of how bad you are, but people are afraid of how good you are"

Jadi kepada mereka-mereka...tahukan kenapa aku jadi begini. Aku mintak maaf...aku tidak mahu jadi begini tapi aku tetap juga jadi begini...gadis yang ini! Aku, selepas ini harapnya, tiada lagi gadis ini dalam hidup mereka-mereka. Tiada lagi gadis ini yang akan meyusahkan dan menyuramkan hari-hari mereka.


Aku,
sekali ini...cuma sekali ini, biarlah hidup kau tenang...jauhkan fikiran jahat yang senang menguasi diri kau tu. Tidak penatkah kau? Tidak sakitkah engkau, wahai aku? Mereka sangat baik pada kau, kenapa kau sebaliknya...Aku, kau kepingin kemaafan dari mereka-merekakan! Ikhlas dari lubuk hati kau yang paling dalamkan...kau ingin katakan:

"sorry and sorry and sorry, coz no words can describe it! Just a sincere sorry from the bottom of my heart"



yang benar,
aku




*ada dua tiga ayat yang kuambil dari blogger2 kegemaran...maaf kerana aku tertarik untuk mengambilnya [credit to fatinedan and fynn jamal]*




me and myself~rose~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...