smalam,
susah mahu tidur...tapi setelah pusing sana sini, akhirnya aku terlelap juga.
walaupun tidur sngat lewat, aku masih sempat bermimpi...
mimpi aku,
aku melewati kawasan-kawasan sewaktu aku kecil...
lebih kurang 17 tahun yang lalu...sangat lamakan
aku seolah-olah kembali ke masa itu,
aku mampu mengingati hampir keseluruhan kawasan-kawasan itu...
bezanya cuma, aku disitu berumur 24 tahun dan bukannya 7 tahun...
aku masih ingat,
sekolah aku semasa darjah satu,
waktu rehat aku...
dihabiskan dibelakang sekolah, panjat bukit sebab nak beli ais krim malaysia kat rumah berhampiran belakang sekolah... rumah kawan kelas aku, Faizal Ismail. Ape ntah dia buat skarang ni?
Kami tunggu disebalik pagar, emak Faizal, kadang-kadang adik dia Faizah akan hantarkan ais krim pada kami.
ramai kawan-kawan aku panjat, berebut-rebut...takut tak dapat beli,
kadang-kadang, sempat mintak beli keropok atau gula-gula di kedai atuk Linda kat sebelah, [kawan baik aku sekolah rendah]...kedai tu kat belakang sekolah jugak...
Selepas itu, aku melewati kawasan luar sekolah yang ada deretan kedai runcit cina..
aku paling ingat kedai Kim Pao [color biru] dan kedai Chi Chai [color hijau]...aku lebih suka ke kedai Chi Chai sebab dia layan aku baik. Dia kenal datuk aku dan selalu panggil aku cucu chad [datuk aku nama Arshad] aku masuk kedai-kedai tu tapi perasaannya dah tak sama...aku cari Chi Chai tapi dia tak ada, mana dia?
Aku meneruskan perjalanan,
aku melalui lorong kecil ke rumah toksu mengaji...lorong dimana aku selalu berlumba-lumba dengan kawan aku untuk tentukan siapa yang akan mengaji dulu...penat tapi seronok. Mengaji awal, dapat balik awal...
tapi kawasan tu pun dah tak sama macam dulu,
nampak suram dan agak tidak terurus, kenapa?...dulu meriah dengan bunyi suara-suara kanak-kanak mengaji...
aku sedih...
kenapa aku dah tak merasai perasaan yang dulu tu,
perasaannya langsung tiada...mana perasaan yang dulu tu pergi?
mungkin kerana aku sudah meninggalkan kawasan itu hampir 17 tahun yang lalu...
kini, aku bukan kanak-kanak 7 tahun lagi,
tapi...gadis yang berusia 24 tahun....
mimpi aku meyedarkan aku bahawa aku sudah besar,
bukan kanak-kanak yang masih boleh merengek mahukan itu ini...
aku sudah besar...dan bermakna tanggungjawab aku juga semakin besar...
mungkinkah itu makna yang cuba disampaikan oleh mimpiku semalam?
Mungkin.....
me and myself~rose~
No comments:
Post a Comment