Pages

Tuesday, November 25, 2008

::aku kelihatan seperti itukah::


tadi bertemu family yang dah lama dirindui....rasanya sudah lama tidak menjengah ke kampung halaman, hampir beberapa bulan...hurmmm~~

semua datang shah alam untuk convocation ida tanggal 25 haribulan, so peluang itu aku ambil untuk melepaskan RINDU...

mak kata aku nampak kurus...
Yess!! sape yang tak suka nampak kuruskan....

*senyum*

tapi...
satu ketika,
emak tanya aku...ada masalah kah??

*pandang mak*

*hairan*

mak kata aku nampak SAKIT...tak macam selalu.

ayah pulak bisik kat mak...aku nampak TAK CERIA, tak seceria selalu...kenapa?

betulkah aku kelihatan SETERUK itu?

kak ita menyelit, katanya dia nampak aku seperti TIADA TUJUAN HIDUP, dan banyak masa dihabiskan dengan tido, tido dan tido...

ida dan hawa juga berpendapat begitu...katanya aku jalan tak bermaya, badan kelihatan sedikit BONGKOK dan MELENGKUNG....

adakah aku seteruk itu??

*bimbang*

sebenarnya, aku juga merasainya cuma tidak duga seteruk itu....

aku bilang pada mak, pada ayah, pada family 'takdak apa-apa, tak perlu risau' kerna aku tak mahu riak gundah pada raut wajah mereka....

aku hairan,

kenapa dan mengapa...??

apa masalahnya?

besarkah? atau kecilkah?

kerana masalah rumah sewakah? kerana masalah kerjayakah? kerana masalah kewangankah? kerana masalah cintakah? atau kerana masalah hidupkah....

*pening*

kesimpulan...
kerana kesemuanya barangkali,
masalah berpadu menjadi satu....

tapi sentiasa perlu diingatan...bahawa,
hidup akan sentiasa diundangi masalah. kita perlu bijak membendungnya...tanpa masalah pasti hidup kekurangan rencahnya...

*fikir*

benar barangkali....

*fikir lagi*


Sunday, November 23, 2008

::perkenalkan...mereka-mereka ini temanku::

::ini teman-teman satu KELAS sewaktu ijazah::
kelas BROADCASTING 2006-2008




pasti aku akan merindui mereka-mereka ini....
KALIAN,
harapnya kalian tidak melupakan aku,
GADIS ini...

aku yakin,
kita pasti akan ketemu lagi...
dan ketika itu,
tentunya kalian,
kita-kita ini,
sudah menjadi seseorang,
harapnya...


Friday, November 21, 2008

::unsaid::


aku tahu,
there is an UNSAID thing between us,

seakan-akan,
ada sesuatu yang tidak TERLUAH antara kita,

entah,
aku tidak pasti sama ada AKU sudah sedia,

tapi,
sekiranya KAMU bersedia,
silakan,
aku akan CUBA untuk bersedia,

kerana,
aku juga MAHU keadaan menjadi normal seperti biasa...


Thursday, November 20, 2008

::picnic tak terancang::


::09 November 2008::


ber'picnic' di tasik shah alam...tak dirancang pun.

Mula-mula aku terasa nak buat sandwich, so ajak diorang datang rumah untuk makan-makan...Tiba-tiba nu'ui suggest makan sandwich sambil pergi picnic kat mana-mana. Hurmm macam menarik!

Petang tu kami berpicnic sakanlah walaupun tak cukup korum [nona dengan karen xdok] Kak ieda bawak anak sedara dia [shira] join skali....

So, ini antara photo yang sempat di ambil ketika berpicnic ;)



p/s: walaupun ber'picnic'kan hanya berlatarkan tasik shah alam... tetapi 'memori'nya tetap indah


Tuesday, November 18, 2008

::harap ini entry terakhir buat kamo::


Haiisshh!

tadi sambut birthday kelly kat TGI Friday subang parade..
walaupun biasa2 tapi meriah...
kelly kena buli,
pekerja2 TGI paksa dia nyanyi,hahahahah...

tiba-tiba mood aku agak hilang,
dah lah perut meragam
and sengal-sengal gigi masih terasa...

aku pandang pekerja2 TGI tu,
berbaju merah dan memakai cap..
memang itu uniform mereka tapi...
ia mengingatkan aku pada 'dia'
kerana photo terakhir yang aku lihat...
'dia' memakai baju merah dan memakai cap...

agak sedih...
memang sekarang aku sedang cuba melupakan,
namun bukan boleh sehari dua...
kena perlahan-lahan...
rosmawar,
pasti boleh!


::agnes monica~matahariku::

Tertutup sudah pintu pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Ku harus relakanmu walau aku tak mau

Reff:*
Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh terhening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

**
Dengarlah matahariku suara tangisanku
Ku bersedih karena panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

Back to Reff:*

dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karena panah cinta menusuk jantungku

Back to Reff:**



Monday, November 17, 2008

::happy birthday to kelly::



Dear kelly,
happy birthday 23th to you...

Just bear in your mind
saya....rosmawar,
sayang akan kamu,
dan mereka juga...semua sayangkan kamu,
kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu...
itu pasti!

kelly,
harap kamu lebih matang menghadapi dunia,
dunia ini terlalu singkat untuk dinikmati..
jadi berusahalah untuk mengindahkannya,
dan jangan terlalu keras hati...
terima seadanya...itu dugaan,
walaupun di mata kamu ianya susah...
tetapi cuba untuk belajar memaafkan
dan belajar menerima..
kata orang alah bisa tegal biasa..
percayalah, suatu hari pasti ok...

Ingat,
semua yang berlaku ada sebabnya,
jadi,
hadapi segalanya dengan senyuman...
and always think positive dear...

kakakmu,
rose



::beauty is pain::


hari ini,

aku pergi pusat kesihatan UiTM sebab nak 'cuci' gigi. Nama saintifik dia aku tak pasti. Kalau tak silap skilling ke scaling ntah [watever]...dah lama sangat rasanya tak meng'check' gigi ni mesti parah gila dah,hahahaha [last check masa time sekolah dulu2 kot,lama gila kan]....Berdebar-debar jugaklah, al maklumlah tak pernah lagi cuba rawatan 'cuci dan mencuci' gigi ni. Dengar cerita sakit! Mak ai, kecut jugalah tali perut aku nih..haaiiisshh ='(

tapi orang cakap 'beauty is pain'. So, nak cantik kena la berkorban sikit [at least walau muka hodoh tahap apa skali pun, kalau gigi cantik kira oraitla tu kan...ada gak aset yang mahu ditunjuk,hahahaha]

Sebelum proses 'cuci' ni di lakukan, sempat lagilah aku tanya doktor tu itu dan ini...membebel jugaklah dia kat aku sekejap. Proses men'cuci' gigi ini agak sakit jugak, ngilu tak payah nak cakaplah....abes berdarah semua sampai aku rasa lepas ni macam dah tak ada harapan mau senyum dengan sempurna dan memiliki gigi yang penuh, macam dah tercabut habis semua gigi aku nih,huhuhu...BUT 'beauty is pain' kan...

So, sekarang dah ok cuma rasa sengal-sengal gigi jer...

*lesson for today : beauty is pain!*


::me and myself::



::let these photos speak for themselves::

Sunday, November 16, 2008

::entry buat kamo::


entry ini buat kamo..
juga ada beberapa entry lain,
sebelum ini yang aku tujukan khas buat kamo...

Bodohkan aku!

padahal tahu,
entry-entry aku ini..
sikit pun tidak akan dijengah kamo..
tapi aku puas...begini,
seolah-olah aku meluahkannya di hati kamo...

Sekali lagi...aku kelihatan dungu!

mana mungkin hati kamo tahu,
apa yang aku tulis ini...
tapi kenyataannya,
semua ini tercatat abadi di friendster blog aku..
ketahuilah!
memang entry ini aku dedikasikan khas buat kamo...

kekasih rahsiaku!


August 21st,2008 [1.22 pm]
::Aku mahu membencinya::

Aku benci ‘Lelaki’ itu….

Kenapa??? Why????!?!?!

Haish, aku ingat aku dah melupakan dia tp baru aku sedar yg memang susah nk buang dia dr ingatan aku. Aku benci dia. Kenapa dia yg aku selalu impikan? Kenapa dia yg selalu bermain difikiran? Aku benci dia. Kenapa dia? Kenapa bukan org lain yg bertakhta di hati ni?

Setiap kali terpandang namanya, aku jadi sedih. Aku jadi runsing. Aku jadi terluka. Bodohkah aku ni? Dia mungkin bergembira tp aku?

Entahlah…siapa yg harus dipersalahkan dlm hal ni? Rasanya tiada siapa yg harus dipersalahkan. Aku rasa dia tidak bersalah. Malah mungkin dia tak tahu pun yang aku sukakan dia. Mungkinkah aku yang bersalah? Hurmmm, mungkin aku yg bersalah…..sbb menyukainya dalam diam. Mungkin aku yg bersalah kerana tidak berterus terang padanya dulu…[tp aku tidak mahu menjadi 'perigi mencari timba']

[Tolong aku] Tolong aku utk membencinya. Tolong aku untuk melupakannya. Melupakan ‘lelaki’ itu yang pernah hadir dalam anganku. Aku mahu membencinya. Aku mahu memberi ruang hatiku ini pada insan lain dan bukannya dia. Tolong aku……

Listening to:
[kertas band~kekasih yang tak dianggap]
[Laluna~selepas kau pergi]
[Tere~aku patut membenci dia]

#entry ini aku tulis ketika hati sakit, terkenangkan kamo...kamo sentiasa muncul difikiran. Setiap kali terpandang namamu di friendster, ym malah di blog kamo, aku jadi runsing. Memang aku tak seharusnya mengintai di blog itu, tapi hati aku meronta-ronta untuk tahu apa aktiviti harian kamo...bodohkan! Akhirnya aku yang sengsara#


May 17th,2008 [1.49 pm]
::50 things...dikala kebosanan::

21. Do you believe in soul mates? Sumtimes, tambah2 lepas tengok cite Korean - Soulmate (Cepat2 la dpt calon,hehehe)
28. Do you miss someone right now? Yup
29. Do you think they miss you too? Entah…kalau dia pun rasa cm tu bagus jugak,hehehe
50. Someone on your mind? Yup……

#entry ini membuktikan bahawa aku sentiasa memikirkan kamo...sentiasa! sehinggakan survey yang aku jawab di kala kebosanan ini pun aku turut selitkan kamo walaupun ketika itu hanya aku sahaja yang tahu..tiada sesiapa#


March 11th,2008 [11.06 am]
::A weird thing about me::

13. Easy to fall in luv but its hard for me to luahkan terutama pada orang berkenaan [Lebih suka memendam walaupun tahu ianya amat menyeksakan jiwa raga]
14. If I like someone, I will ignore him. Pretend like there are nothing [tak nak dia tahu aku suka kat dia....malu siot]
15. Selain family, aku pernah nangis gila2 untuk tiga orang lelaki padahal diorang bukan tahu pun aku nangis untuk diorang [lelaki pertama, bila dapat tahu dia akan berkahwin...Lelaki kedua, bila dia terlibat dalam pergaduhan, cedera dan masuk hospital....Lelaki ketiga, terserempak dengan dia, dan time tu dia jalan2 ngan awek dia]

#Ingat tak..kita selalu ketemu di kolej tapi setiap kali terserempak aku akan berpura-pura biasa, mungkin di mata kamo aku langsung tiada reaksi namun itulah aku...hanya teman-teman terdekat sahaja tahu bagaimanakah aku ketika itu, gembira dan tidak keruan...dan untuk pengetahuan kamo,lelaki ketiga yang dimaksudkan itu adalah kamo#


February 16th,2008 [9.49 am]
::aku sudah L.E.T.I.H::

Letih dengan CINTA….
Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu… ini cinta
Adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya
Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini… yeah…

Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia
Jangan putus harapan… sedia setia

Benar kata orang,hanya perlukan beberapa saat untuk mengenali seseorang TETAPI untuk melupakannya kita memerlukan masa seumur hidup….Kalau diikutkan hati memang aku setia menanti. Tak pernah putus harapan. TAPI sampai bila? Suatu hari pasti aku akan berhenti juga. PASTI!Kerna aku sudah letih!

#Ini juga aku tulis buat kamo...aku sentiasa menunggu kamo, tapi bodohkan kerana kamo langsung tidak tahu mengenai hal ini...aku yang sangat bodoh! tapi kadangkala wujud juga perasaan letih di hati#


December 26th,2007 [9.56 am]
::takdir atau kebetulan??!!??::

Aku kompius…

Bukan ape, aku kompius coz bile benda yg kita x rancang berlaku tanpa ada sebab. Tapi mungkinkah itu suatu petunjuk atau ianya hanya mainan hatiku ini sahaja. Entahlah…..

Cube bayangkan bile kite sudah lama tidak bertemu dengan seseorang itu…dan merasakan bahawa kite x akan pernah berjumpenye lagi, pasti itu suatu yang amat menyedihkan dan menyakitkan. Itulah yang sedang bergelodak dan mengusik sanubariku.

Aku sudah redha kalau dia bukan untukku. Dan seperti biasa aku akan sentiasa berpegang kepada pepatah ini “Kalau ada jodoh tak akan kemana”…. “Kita hanya perlu menanti kerna cinta umpama gunung. Tak akan lari gunung dikejar”…. Betulkah tindakan aku ini? Entahlah. Adakah kerana aku terlalu berpegang pada prinsip tersebut…sampai sekarang aku masih lagi keseorangan.

Setelah sekian lama menanti, dan mungkin sudah penat menanti….aku berkata pada diriku.. “Rosmawar! Lupakan dia! Kalian sudah lama tidak bersua dan tidak pernah bersua. Mungkin itu tandanya, dia bukan untukmu.” Namun untuk menyedapkan hati, aku juga berkata… “Ya, Allah kalau benar aku dan dia ditakdirkan bersama…mungkin aku akan bertemu dengannya walaupun ianya kedengaran agak mustahil…. Dan kalau tidak, aku pasrah”

Namun, takdir tuhan… beberapa jam kemudian, aku bersua dengannya. Aku tergamam. Bermimpikah aku???!! Aku hairan. Aku terkejut. Aku panik. Semuanye bersatu menjadi satu. Apakah semua ini? Ianya takdir ataupun satu kebetulan….. Entahlah.! Aku bingung!! Aku kompius!!!!

Aku yang kompius,
Rose

#entry ini wujud setelah lama kita tidak bersua...lama sangat! selepas kamo tamat pengajian, kita seolah-olah tiada harapan untuk ketemu lagi....dan ketika itu aku berserah. Namun, takdir tuhan sengaja menguji aku. Kita ketemu kembali. ketika itu, aku tergamam. Aku ingin menegur kamo tapi langkah kaki mati. Aku tiada kekuatan. Aku tahu kamo nampak aku dan kamo juga seolah-olah menanti aku untuk datang merapati. Nampaknya aku sia-siakan peluang itu. Teman-teman menyaksikan air mata ini menitis kerana kebodohan aku#



kamo!
semua entry-entry ini,
untuk kamo...
tapi sayang..sudah terlambat barangkali,
aku tahu,
aku tiada peluang lagi...
itu kenyataannya...

walaupun...
aku bersedih,
aku berduka,
tapi,
aku tetap mahukan kamo bahagia,
aku akan sentiasa doakan kamo berbahagia disamping dia...
insan yang kamo pilih..
pasti dia sangat membahagiakan kamo..


#Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya#


::terima kasih kalian::


semalam,
seharian berkurung di bilik..
macam-macam fikir..
baring-baring,
tidur-tidur,
dan nanges juga..
mata merah dan bengkak-bengkak,
jadi malu mahu menjengah teman-teman di ruang tamu...

malam sket,
mood dah agak stabil,
and mata dah kurang bengkak,
aku ke ruang tamu...
ina and nana tanya, baru bangun ke?
aku mengiyakan aje...
diorang kata lamanya tido?
aku senyum...

semalam aku langsung tak online,
hanya mahu menonton tv sepuasnya...
mood aku bertambah baik lepas menonton tv...
Jerry Yan berlakon...sngat ensem!
hilang skejap 'dia' dari ingatan...

namun bila waktu tido menjengah,
aku kembali memikirkan 'dia'...
aku nanges lagi...

hari ni,
ok-ok sedikit...
mungkin support dari orang-orang tersayang...
terima kasih kalian,
kata-kata kalian memang bermakna buat aku...

"xmo sedih2la.kumbang bukan seekor..trust me u'll meet someone yg akn bls cinta awk masa keje nanti...embrace n accept wat eve hppn...b strong k"

'"tau macm mana rasanya but think it dis way awk xbercinta lg dengan dia cume hv a crush je kan...jodoh xde...awk akn jumpe nanti"

"dun think too much...theres so many things in da future u have to face..chill out!"

"Ros... sesungguhnya ada insan yang terbaik sudah menunggu kamu di luar sana...Sedar x sedar mungkin insan tu sbenarnya hampir dengan kamu...tapi masa belum tiba utk kamu berdua bertemu...Anggap kisah kamu kali ini menjadi asam garam dalam hidup kamu....Jodoh, ajal, maut di tangan tuhan...Nangis sedaya mungkin...Nangis la sepuas2nya...Jika itulah caranya yang boleh mengembalikan diri kamu yang lama..."

"really2 touching... i can feel it.."

"kak rose...ko kena kuat, ko slalu suruh aku kuatkan. Aku akan kuat kalau orang sekeliling aku kuat, jangan asyik tido jer...nanti kalau lapar keluar yea"

terima kasih sekali lagi,
kalian sangat mengambil berat pasal aku...




Saturday, November 15, 2008

::hati aku retak lagi::


hari ini gembira,
gelak-gelak sama teman-teman...

tapi,
sedang sibuk membaca blog seseorang,
aku tersentap!
tersentap kerana kisah cinta gembira...
itu cinta gembira mereka...
namun pada aku,
itu cinta suram...

*mata bergenangan*

malam gembira bertukar suram..
kala ini,
hati aku sangat dingin..
penuh dengan kesedihan..

*diam*

tuhan uji aku lagi..
dulu,
selesai diploma,
lelaki yang aku cinta rahsia...
menjadi milik orang pada 2006
kini,
selesai degree,
lelaki kedua yang aku cinta rahsia...
juga menjadi milik orang pada 20o8

*nanges*

ini salah aku...
salah aku kerana cinta rahasia sama mereka...
mereka menjadi milik orang tanpa tahu,
bahawa gadis ini sangat sayang sama mereka...
ini aku,
kebanyakannya rahsia...

*makin nanges*

aku mahu dia tahu yang aku sayang sama dia,
tapi sudah kelewatan...
dia sudah tersurat bukan milik aku...
bukan milik aku untuk selamanya...

*mahu nanges dan terus nanges*

tuhan,
pasti kau telah ciptakan seseorang untuk aku...
yang pasti,
dia ini bukan kau ciptakan untuk aku...

*sukar membendung kesedihan*

tuhan,
sekiranya aku...
bertemu sama insan yang telah kau ciptakan untuk aku itu,
berikan aku kekuatan untuk meluahkan cinta sama insan itu...
biar ini jangan berulang lagi,
kerna ianya sangat seksa,
sangat sakit...
sangat pedih...
seolah-olah jantung terhenti dari denyut,
waktu terhenti dari masa,
dunia terhenti dari berpusing....

pasti malam ini tidurku ditemani air mata...
seperti yang dulu,
seperti yang lepas,
ke mana sahaja memikirkan dia bukan milik aku...
hah, gi mana caranya mau merawat hati ini lagi?
mungkin biar sahaja masa merawatnya...
aku mahu tidur dan terus tidur....
biarkan aku begini buat seketika

*lelaki pertama sudah kenal ketika kecil, lelaki kedua kenal ketika awal perpindahan ke puncak perdana [kedua-duanya ditakdirkan bukan untuk aku...]*




Friday, November 14, 2008

::ini cinta hati saya::



#Hediaki Takizawa (tackey)#
cinta hati saya yang pertama :b
sangat2 cinta sama dia especially masa tengok drama Anchor Women
love him so much walaupun dia tak tahu saya sangat cinta mati sama dia..


#Vic Zhou#
dia cinta hati saya juga...
fall in love with him masa dia belakon drama Meteor Garden [Hua Zie Lei] and then Mars [Ling]
sangat ensem sampai sentiasa bermain-main dihati saya


#Shin Dong Wook#
jatuh cinta dengan dia bila tengok dia berlakon sebagai Dong Wook dalam drama Soulmate
wujudkah lelaki seperti itu?
love him ;b


#Ikuta Toma#
kawaii ne ;)
sngat cinta sama dia setelah menonton drama Hanakimi [Nakatsu]
perangai dia dalam drama tu buatkan dia sentiasa berada di hati saya dan menjadi cinta hati saya

#Jerry Yan#
saya cinta mati sama dia
sangat suka ketika dia memegang watak Dao Ming Si dalam Meteor Garden
Jerry, cinta sama kamoo sangat2

#Ken Zhu#
saya juga cinta mati dengan dia
dia mengingatkan saya pada seseorang yang sudah menjadi milik orang lain
seseorang yang sudah menjadi kenangan saya
cinta sangat sama dia dalam drama Love Storm

#Bi Rain#
sangat cinta
especially dalam drama Full House [Lee Yong Zie] sangat secocok sama Song Hye Kyo [Han Jie Ein]
dia membuatkan hari saya sentiasa indah dan gembira
cinta dia juga ;)

#Nicholas Tse#
dramanya sangat banyak yang saya tonton
semuanya membuatkan saya sentiasa jatuh cinta sama dia
love u forever nicholas :x


#Lee Dong Wook#
sangat jatuh cinta sama dia dalam drama My Girl
wataknya sebagai Seol Gon Chan sangat memikat hati saya
sangat cinta, cinta dan terus ciinta ;b



*saya sangat cinta mati sama kalian*

Thursday, November 13, 2008

::today...extremely SAD::


today,
got an informal job interview but at the same time I lost it...
sad!! Very very sad..!!
(its ok dear, just try it again and again and you will be fine soon)

What happened? Nothing... (hilang tanpa sempat menghadirinya pun,hurmmm)
not my fault...not anybody fault too,
its just my luck...not so lucky maybe (just smile)

*think positive my dearest... rosmawar*

anyway, anyhow..
I am not okay rite now..
extremely sad but...just pretend to be ok
coz i need to show that I am strong girl...
a very2 strong one..
(sy akan tunjukkan sy kuat, if itu yang membuatkan mereka bersemangat dan tidak putus asa)
if I can do, why dont you (dedicated to my friends)

*rosmawar just smile as much as you can*

this is what my horoscope said about me today
(13 November 2008)
I 'm not believing 100% of it but..
it just a guide for me to go through all the unexpected thing in life

*Quickie*
The big changes coming into your life are going to take their time -- be patient!


*Overview*
The big changes coming into your life are coming -- be patient! As excited as you might be for them, you can't rush them before their time. If you do, you run the risk of becoming too overwhelmed too soon -- and then they won't be as much fun as you thought they'd be. They'll just be a bunch of headaches. So let things unfold on their natural timetable. It might be torture to do so, but you can get through it. Distract yourself with fun social outings -- that always helps!


so,
my dear rosmawar :)
just bear to mind,
everything happen for a reason...
just have faith with HIM..
He knows what the best for you!
BELIEVE IT!!

*smile *

*and always smile..*



Tuesday, November 11, 2008

::aku dan dkny::


::be delicious::


watashi wa dkny be delicious no perfume ga hoshii desu
sangat mahu perfume ini,
dkny be delicious...
wangi!! and sexy ;)


::surat untuk aku IV::



yess!!!

*melompat-lompat tak tentu hala sekejap*

exam jepun, paper yang terakhir dah berakhir...
aku dah tamat dan ini menandakan sebelah kaki aku dah melangkah ke fasa yang lain,
fasa kerjaya...
haaaiiishhh,
terasa neves la pulak...
apalah akan aku jadi nanti...takuttttt

*gembira + neves + sedih*

gembira,
sebab dah mengakhiri zaman belajar yang dah hampir 5 tahun aku tempuh...
pahit getir hidup aku belajar bermula disini...
jatuh bangun aku...kekuatan aku untuk hidup semuanya bermula disini,
aku mengenal dunia di sini...
aku sebagai aku banyak bermula disini...

*positif thinking*

neves,
cukupkah kekuatan yang aku kumpul ni,
untuk mengorak langkah ke alam yang agak asing bagi aku...
alam kerjaya yang lebih mencabar....lebih banyak dugaan,
u can do it girl!!! Yakin boleh!!

*sambil nyanyi lagu apa ntah*

~jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan..jika kau fikirkan kemenangan, usahamu temui kejayaan..lalalala~

*distracted*

sedih,
watashi wa ima o-kane o motte imasen ;(

macam mana mo idup macam ni...
aku hanya mampu senyum jer bila pandang dalam purse...
hanya tersenyum walaupun dalam hati aku tengah menangis,
how to survive with only rm20 ringgit in ur purse rite now...?
no more family to give money,
means, no more money to withdraw, sob2

[someone told me: just smile walaupun dalam purse hanya ada rm3.80 jer...start with ketawa to urself first and then baru nanges, tak ada lah nak stress2 sngat...]

*mau nanges jugak*

dah kena start cari keje nih, apa2 pun tak kesah asal pekerjaan yang halal...
or else balik kpg and duduk diam2...sampai ada job interview yang sesuai,
hurmmm..

*think2*

*please think positive dear*


Friday, November 7, 2008

::entry untuk lelaki itu::

bangang!!!
itu ayat pertama terpacul dari mulut aku..

*tahan marah*

berani kau!
lelaki dayus!!

*fikir*

dulu,
masa kau hendakkan dia,
kau penuh budi pekerti,
sekarang?
sudah tidak ingin,
kau buat dia macam sampah...

apa kau fikir perempuan itu baju?
suka pakai..tak suka campak!

kau lelaki bangang!
apa hak kau untuk naik tangan ke muka dia..?
aku yang dah kenal dia lebih dari lima tahun, yang sudah dianggap seperti kaum keluarga juga.. tak pernah menampar dia..
inikan engkau...yang terang-terangan sudah tiada apa-apa dengan dia...

ada lebam diwajah dia tapi aku tahu...lebam itu tidak setanding dengan luka dihati...
apa status engkau untuk menyentuh kasar dia?
sedangkan suami yang memukul isteri pun dianggap dayus,
inikan pulak engkau yang bukan apa-apa...
kau bukan suami,
mahupun boyfriend...
cuma ex-boyfriends...bodoh!

jadi kau itu apa?
dayus tahap dewa kuasa dua barangkali...

*mengetap bibir*



::craving for::



~rambutan~

td, pergi keluarkan duit kat ATM Bank Islam sebelah Jati..
pastu lalu kat satu rumah ni,
nampak buah rambutan bergayut2 kat pokok,
nampak macam sedap.....
sangat teringin mo makan buah ni
[kalau kat kpg, aku panggil 'buah moktan']

kepingin banget nih,mana nak cari ntah...
kat taiping pun dah abes musim sekarang,
hope kat pasar malam seksyen 6 ada la...


::let the music heal your soul I::

don't speak~no doubt

You and me
We used to be together
Everyday together always
I really feel
That I'm losing my best friend

I can't believe
This could be the end
It looks as though you're letting go
And if it's real
Well I don't want to know

Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me cause it hurts

Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me cause it hurts

Our memories
Well, they can be inviting
But some are altogether
Mighty frightening
As we die, both you and I
With my head in my hands
I sit and cry

Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me cause it hurts (no, no, no)

Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me cause it hurts

It's all ending
I gotta stop pretending who we are...
You and me I can see us dying...are we?

Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me cause it hurts (no, no, no)

Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me cause it hurts
Don't tell me cause it hurts!
I know what you're saying
So please stop explaining

Don't speak,
don't speak,
don't speak,
oh I know what you're thinking
And I don't need your reasons
I know you're good,
I know you're good,
I know you're real good
Oh, la la la la la la La la la la la la

Don't, Don't, uh-huh
Hush, hush darlin'
Hush, hush darlin'
Hush, hush don't tell me tell me cause it hurts

Hush, hush darlin'
Hush, hush darlin'
Hush, hush don't tell me tell me cause it hurts


Thursday, November 6, 2008

::aku begini lagi!??!?!!::

~~sometimes I just want to screammmm~~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...